Macbook Repair - Mecnote

Cari Model Mac

Rabu, 13 Mac 2019

Boleh ke main game dekat Mac? 

   

   Mac mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Mungkin anda lebih suka macOS yang simple, reka bentuknya yang seksi atau bekerja dalam bidang kreatif di mana mereka merupakan satu keperluan. Tetapi jika anda seorang gamer, mungkin anda tertanya-tanya: bolehkah mereka digunakan untuk bermain game ataupun menggunakan OS Windows?

   iMac/Macbook dibuat daripada komponen yang sama seperti mana-mana PC dan laptop lain. Mereka hanyalah komputer Intel x86 dalam badan yang nampak lebih cantik dan OS yang berbeza. Ini bermakna tiada hardware barrier untuk anda bermain game di Mac. Bukannya PC lain ada komponen istimewa yang yang Mac takde.

   Walau bagaimanapun, Mac tidak direka untuk bermain game. Graphic card yang digunakan dalam Mac tidak begitu hebat, dan anda tidak mempunyai pilihan graphic card yang lebih kuat seperti yang ada dalam PC Windows. Mac Pro adalah pengecualian, yang menggunakan graphic card yang baik, tetapi ia boleh dikenakan kos yang lebih daripada PC Windows.

   Graphic card di Mac juga tidak boleh di upgrade kerana ianya telah built-in pada motherboard. PC Windows mempunyai lebih banyak komponen yang boleh di upgrade daripada Mac. 

   


   Macs pada awalnya tidak mempunyai graphic card langsung - Mereka mempunyai integrated graphics chips yang lebih lemah. Mereka mungkin mampu mencapai requirement minimum beberapa game-game yang baru, tetapi cukup cukup makan.

   Mac anda tidak akan mampu untuk bermain game-game baru pada resolution penuh dan settings tinggi, walaupun dengan Mac yang berspesifikasi tinggi - tetapi secara teknikal mereka mampu bermain banyak game. Malah Macbook Air pun mampu bermain Minecraft. Tetapi, berbaloikah?

   Mac memang takkan menjadi sebagus PC Windows dalam bab gaming, terutamanya dengan harganya yang mahal. Malah Mac Pro pun tidak mampu bersaing dengan PC yang berfokus pada gaming yang hanya berharga satu per empat harga Mac Pro. Jika anda serious tentang gaming experience yang terbaik, Mac memang tidak akan mampu memenuhi hasrat itu. Bina PC custom atau beli console (PS4/Xbox) sahaja lah kalau macam tu.

   Game apa yang ada untuk Mac?

   Masalah terbesar dengan bermain game di Mac ialah game availability. Windows's DirectX APIs sangat popular dengan game developers. Mereka tidak mempunyai apa-apa kesamaan pada macOS, yang menjadikannya lebih sukar bagi developers untuk port game mereka. Oleh sebab itu, katalog game yang ada di macOS jauh lebih sedikit berbanding dengan Windows. Terdapat banyak game-game besar yang tidak akan ada untuk Mac. 

   Walaupun anda boleh beli game melalui Mac App Store, Game retailers seperti Steam, Origin, Battle.net, dan GOG semuanya mempunyai pelanggan Mac dengan pilihan yang lebih baik daripada App Store. Jika game yang anda mahukan itu ada dan Mac anda mempunyai hardware untuk run game tersebut, ia akan run.

   Pemilihan game-game macOS yang berkualiti bergantung pada game yang anda suka main. First-person shooters yang bergred AAA seperti Call of Duty atau Battlefield tidak boleh didapati di macOS, tetapi genre lain seperti MMORPGs dan permainan strategi pula boleh didapati di macOS. Game-Game popular seperti World of Warcraft, Civilization VI dan Football Manager 2018 semuanya boleh didapati dan berfungsi tanpa sebarang komplikasi.

   Ini adalah antara game title yang popular di Steam:




   Ia adalah campuran luas title AAA dari publisher utama, seperti Tom Clancy's Ghost Recon Wildlands, dan indie hits, seperti Rocket League. Daripada empat belas game (Season pass untuk Wildlands juga antara lima belas teratas), hanya lima yang boleh dimain pada macOS. Walau bagaimanapun, lima game - Rocket League, Pillars of Eternity, Counter-Strike, Blackwake, and ARK- semuanya ada game title yang lama. Wildlands, Dawn of War III, For Honor, dan game title AAA besar yang lain adalah Windows exclusives, sekurang-kurangnya pada masa ini.

   Jika jenis game yang anda cari boleh didapati, dan anda tidak kesah untuk turunkan settings kualiti menjadi rendah, anda boleh lagi bermain. Sekiranya anda mahu menembak kawan anda di Battlefield One dalam resolution tinggi, boleh dikatakan macOS anda akan jahanam.

   Cara-cara terbaik untuk bermain game di Mac

   Jika anda tidak mahu menghabiskan duit untuk PC lain, anda mempunyai beberapa pilihan untuk bermain game dengan lebih baik di Mac anda. Yang pertama ialah... semestinya, Windows.

   Gaming dalam macOS, seperti yang kita semua tahu, agak terbantut. Ia mungkin mudah, tetapi jika anda serious tentang gaming, ia mungkin bernilai untuk set up Boot Camp. Boot Camp membolehkan anda untuk install Windows pada partition berasingan, supaya anda boleh boot ke Windows atau macOS pada bila bila masa. Anda mempunyai partition macOS anda untuk kegunaan harian, dan apabila anda ingin main game, anda restart semula Mac anda dan run Windows. Anda semestinya masih tidak boleh untuk bermain game dengan settings yang tinggi - kerana, anda masih mempunyai graphic card yang rendah - tetapi sekurang-kurangnya anda ada pilihan game yang lagi banyak untuk dipilih. Selain itu, kerana mereka direka untuk operating system, game yang sama mungkin run dengan lebih baik di Windows daripada macOS. walaupun anda boleh main game di macOS, anda mungkin akan lebih puas hati jika run game tersebut melalui bootcamp.

   



   Jika itu tidak menarik minat anda, anda mungkin akan berminat dengan perkhidmatan game streaming NVIDIA yang dipanggil GeForce Now. Daripada run game pada PC anda, NVIDIA run game tersebut pada server berkuasa tinggi di sesuatu tempat dan streamnya ke PC anda. Dengan cara itu, server yang akan melakukan semua kerja kerja berat, membolehkan anda untuk bermain game Windows di macOS, tanpa memerlukan Boot Camp.

   Perkhidmatan ini tidak tersedia lagi, tetapi ia akan dilancarkan untuk Mac pada bulan Mac tahun ini. Ini boleh menjadi cara untuk anda bermain game tanpa dual booting. Sony mempunyai perkhidmatan yang sama untuk console PS3, tetapi pada masa ini tidak ada rancangan yang diumumkan untuk membawanya ke macOS.

   Mac bukanlah PC yang sesuai untuk gaming, tetapi mereka ialah PC yang boleh bermain game - selagi anda menerima limitations mereka. Jika anda mencari PC yang boleh bermain game-game terkini, anda disyorkan untuk mencari PC Windows. Tetapi jika anda sudah memiliki Mac dan hanya mahu beberapa cara untuk mengisi masa lapang anda, ia boleh berfungsi. Saya sendiri sudah cuba.


  • How-To Geek
  • Image Credit : Google, How-To Geek




Expert in Mac
Mecnote

Mecnote(Gombak)

No. 15a Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves
Selangor, Malaysia
waze : Mecnote
Landmark : McD Sri Gombak

Careline : 03-61770131
fb : Mecnote
Whatsapp : 0108025651
bit.ly/wasapgombak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan