Macbook Repair - Mecnote: Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020

Cari Model Mac

Sabtu, 16 Disember 2017

Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020

Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020


Tahukah anda semua bahawa Adobe telah mengumumkan ia akan memberhentikan Flash. Dengan kata lain Flash akan pergi buat selamanya. Adobe Flash banyak digunakan oleh web-based games, online video, dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Flash sentiasa dikaitkan dengan masalah isu keselamatan.

AKAN BERAKHIR SUDAH RIWAYAT ADOBE FLASH
Walaupun sudah bertahun-tahun isu keselamatan Flash ini diperkatakan ia kekal hangat sehingga ke hari ini, Adobe akhirnya membuat keputusan untuk hentikan Flash. Terdapat banyak pihak dan syarikat teknologi yang mahukan Flash di singkirkan sama sekali, terlalu banyak untuk disebutkan.
Dan akhirnya, Adobe menyerah kepada tekanan yang dialami dan menyatakan akan menamatkan Flash buat selama-lamanya.


Dalam blog post, Adobe berjanji akan menghentikan update dan pengedaran Flash Player pada akhir tahun 2020 dan mengalakkan mereka yang menggunakan format Flash bertukar kepada alternatif yang lain.
Isu-isu keselamatan adalah sebab utama Flash akan diberhentikan. Tidak lama dahulu Steve Jobs berhujah bahawa Flash perlu dimatikan. Dan sekarang, Flash akan mengundur diri dari gegelung masalah ini, dan mungkin akan digantikan dengan kemunculan teknologi yang baru, seperti HTML5.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan