Macbook Repair - Mecnote: Razer Blade: Laptop Untuk Gamers

Cari Model Mac

Khamis, 21 Disember 2017

Razer Blade: Laptop Untuk Gamers


Sebelum ini Razer telah melancarkan kempen "PC Gaming Is Not Dead" dan telah berjanji untuk mengumumkan sesuatu yang menggemparkan. Seperti yang dijanjikan, Razer telah mengumumkan satu produk terbaru yang super slim, gaming laptop yang dinamakaBlade.

Blade merupakan pencabar baru Alienware yang dikatakan Laptop untuk gamers paling power. Tetapi kini tidak lagi sejak kemunculan Laptop Razer Blade yang dikatakan paling power yang didatangkan bersama tagline "World’s First True Gaming Laptop". (Habis la kau Alienware... hahaha)

Razer Blade merupakan hasil kerjasama dari Intel, Nvidia dan Razer yang menggunakan teknologi paling baru berserta skrin LED 17" resolusi 1080p dan didatangkan graphic card Nvidia GT 555M 2GB GDDR5 untuk menjadikan games nampak lebih HD dan mantap!. Apa yang bagusnya. Design Razer Blade yang serupa seperti MacBook Pro lebih nipis berbanding laptop gaming sekarang ni, dimana design mereka lebih besar. Contoh seperti Alienware. Besar dan tebal. Kadang-kadang boleh menyusahkan pengguna pula.


Inilah dia Razer Blade

Keyboard yang nampak glossy dan tersusun

Keyboard cantik, eh apa benda kat sebelah kanan tu?

Pernah nampak touchpad siap ada display? kat atas tu pula button yang korang boleh setkan. Tak kira la untuk game, kerja seperti AE, Photoshop, Mirosoft Office ke, semua boleh. Inilah dia membuatkan laptop Blade ni nampak lebih power dan unik!.

Zaman dah berubah. Senang dah nak main game lepas ni.

Button power on yang nampak hebat dan simple.

Belakang skrin laptop yang simple berserta logo Razer. Nice!

Belakang Blade, gila simple!

Segala port Cable LAN, HDMI, USB 3.0 & 2.0 diletakkan pada satu tempat.

Slim gila!

Perbandingan kenipisan MacBook Pro dengan Blade. Blade lebih nipis.

Alienware gila tebal, Blade relax je nipis. Baru mudah nak dibawa kemana-mana!

Kiri: Alienware, tengok charger dia besar mana O_O
Tengah: Apple, charger dia kecik je.
Kanan: Razer Blade, Standard size charger laptop biasa.

Razer Blade Specs
Processor: Intel i7 2nd Gen
RAM: 8GB 1333MHz DDR3
Display: 17.3" | 16:9 | 1920x1080 LED Backlit
Graphics: Nvidia GeForce GT 555M 2GB GDDR5
HDD: 320GB 7200rpm SATA

Others Info
  • Built-in HD webcam.
  • 1x HDMI.
  • 1x USB 3.0.
  • 2x USB 2.0 (always on power).
  • 3.5mm audio microphone/headphone combo jack.
  • Gigabit Ethernet port.
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n compatible.
  • Bluetooth 3.0.

Size & Weight
Width: 16.81 inch (42.7 cm)
Depth: 10.90 inches (27.7 cm)
Height: 0.88 inches (2.24 cm)
Weight: 6.9 pounds (3.16 kg)


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan