Macbook Repair - Mecnote: Asus ZenBook Flip S

Cari Model Mac

Rabu, 20 Disember 2017

Asus ZenBook Flip S

Asus ZenBook Flip S



Spesifikasi
·         Intel Core i7-7500U processor
·         Intel HD Graphics 620
·         16GB Memory
·         512GB PCIe SSD
·         13.3 inches screen with Full HD resolution
·         802.11ac Wi-Fi / Bluetooth 4.1
Asus ZenBook Flip S merupakan sebuah laptop berjenis 2 dalam 1, dimana ia boleh menjadi laptop dan juga tablet, kerana skrin pada Flip S ini adalah touchscreen. Ia didatangkan dengan processor i7 generasi ke-7 yang laju, dan mampu untuk menampung kerja-kerja harian tanpa sebarang lag dan delay. Ia juga didatangkan dengan stylus dan pengguna boleh menggunakan Flip S untuk melukis dan juga designing.

Rekabentuk
Asus menggunakan rekaan seperti Asus ZenBook Deluxe yang menggunakan aluminium, menjadikan laptop ini kelihatan mewah dan juga menawan. Terdapat dua variasi warna untuk Asus ZenBook Flip S ini, iaitu Royal Blue dan juga Smoky Grey.

Skrin dan Bunyi
Skrin Full HD pada Flip S ini mempunyai warna yang cantik tetapi, ia kekurangan pada kecerahan skrin.
Asus ZenBook Flip S ini kecil dan nipis, tetapi speaker pada Flip S ini cukup kuat. Tetapi, bass kurang didengar dan settingnya perlu diubah suai, untuk mendapatkan bass.

Keyboard, Touchpad dan Stylus
Butang pada Keyboard Flip S agak rata, hamper serata dengan rangka laptop ini. Butangnya juga terlalu lembut dan kurang selesa digunakan untuk menaip.
Touchpad Flip S ini besar dan juga lancar untuk digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Salah satu fungsi tambahan pada Flip S adalah stylus. Pada Tablet mode, pengguna boleh melukis, dan membuat design pada laptop menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun. Tetapi butang pada stylusnya agak tinggi dan kurang sesuai untuk digunakan.

Prestasi
Dengan processor i7 generasi ke-7, pengguna boleh melakukan kerja biasa tanpa sebarang masalah. Baterinya juga bertahan selama 7 jam jika hanya web browsing dan berhubung melalui wifi. Speakernya juga cukup kuat dan memuaskan. Skrinnya full HD tetapi kekurangan pada kecerahan skrin.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan