Macbook Repair - Mecnote: 7 CIRI-CIRI BROWSER YANG DIJANGKITI VIRUS / MALWARE

Cari Model Mac

Ahad, 17 Disember 2017

7 CIRI-CIRI BROWSER YANG DIJANGKITI VIRUS / MALWARE

  • Browser slow dan selalu hang
Nak buka google chrome, korang double click dan keluar tanda loading dkt cursor korang tu, dan benda tu lama gila loading baru keluar browser.
Jenis tak sabar, mesti akan tekan banyak kali, then banyak lah tab browser yang akan keluar.
  • Homepage browser berubah jadi lain
Bila dah masuk  browser je, korang punya homepage tu jadi lain dari yg sebelum ni. Contoh korang guna browser google chrome, logiklah akan keluar homepage google chrome kan? Tapi tiba-tiba keluar homepage bing. Kan pelik tu.. atau browser lain-lain yang memang korang takde download atau ubah.
  • Setiap kali klik, muncul tab baru atau window baru
Yang ni sakit hati, buka fb pon kadang-kadang keluar tab/ window baru, tunjuk pula iklan yang tak senonoh. Lebih ekstrim, contohnya korang klik link berkaitan makanan best di Malaysia, tetapi yang keluar iklan / page pelik yang lansung tiada kena mengena dengan carian korang.
  • Loading website jadi berat dan teramat lembab
Wifi internet korang memang padu 50mbps persecond, tapi bila korang browsing internet fuuh dia punya slow tu…  memang sangat menyebalkan. Yup virus juga boleh menggangu proses loading dan connection internet korang.
  • Terinstall aplikasi tambahan atau bookmark di toolbar
Perhatikan kotak merah untuk tenguk contoh gambaran jika browser laptop korang telah dijangkiti virus.
toolbar
  • Browser kerap kali crash
Crash didalam browser yang sihat (tidak dijangkiti virus) biasanya disebabkan oleh plugin yang belum terinstall dgn sempurna dan ianya jarang sekali berlaku. Hanya berlaku di beberapa website yang tak mampu di proses oleh browser itu sendiri. Tetapi, jika browser kerap kali crash walaupun buka website yang ringan, itu adalah tanda-tanda laptop korang sudah dijangkiti.
  • Keluar banyak iklan-iklan di tempat yang tidak sepatutnya
Di setiap website mesti mempunyai iklan, bahkan google juga mengeluarkan iklan di browsernya. Namun,  jika keluar iklan yang menganggu pandangan korang sampai penuh satu skrin, ha itu adalah virus yang diberi istilah AdWare.
malware

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan