Macbook Repair - Mecnote: Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang

Cari Model Mac

Ahad, 17 Disember 2017

Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk menemui kembali peranti yang hilang, seperti Prey dan sebagainya. Untuk iPhone dan iPad, aplikasi yang ditawarkan secara rasmi daripada Apple adalah Find My iPhone (turut dikenali dengan nama Find My iPad, Find My iPod, dan Find My Mac).
Apakah Itu “Find My iPhone”?
Find My iPhone
“Find My iPhone” adalah salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple sendiri dalam usaha membantu pengguna untuk menemui dan mendapatkan kembali sebarang peranti iOS mereka yang hilang. Aplikasi ini berfungsi melalui penggunaan akaun Apple ID yang secara automatik didaftar ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi dengan jayanya.
Fungsi Pada “Find My iPhone”
Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.
Play Sound – Sekiranya anda yang tersalah letak peranti iOS anda, boleh membuatkan ia mengeluarkan bunyi yang kuat, walaupun peranti berkenaan dalam keadaan Silent atau Muted.
Lost Mode – Peranti anda boleh dikunci dengan kata laluan 4 angka, sekaligus membolehkan data didalamnya dilindungi, serta memaparkan sebuah mesej khas seperti memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengembalikan peranti berkenaan.
Erase – Bagi yang kehilangan peranti, anda boleh memadam semua data didalam peranti berkenaan. Untuk makluman, lokasi peranti tidak boleh dikesan selepas ia dipadam. iOS 7 turut menyertakan sokongan Activation Locked dimana peranti iOS berkenaan akan dipadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.

Bagaimanakah Aktifkan Sokongan “Find My iPhone”?
Untuk menggunakannya, terlebih dahulu pengguna diperlukan untuk memuat-turun dan memasang aplikasi Find My iPhone pada peranti mereka.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan