Macbook Repair - Mecnote: 10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 2

Cari Model Mac

Ahad, 10 Disember 2017

10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 2

10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 2

Anda mungkin berfikir keyboard gaming adalah keyboard gaming, tetapi apa yang anda tidak tahu adalah bukan semua keyboard gaming yang dicipta sama rata (equal).
Walaupun sesetengah daripadanya mempunyai chiclets (butang kekunci) ringkas, kebanyakan keyboard gaming adalah mekanikal (meskipun ada keyboard yang menggunakan kedua-dua jenis gabungan seperti Razer Ornata). Oleh itu mereka menawarkan pengalaman menaip dan gaming yang lebih memuaskan.
Dalam masa yang sama, keyboard gaming yang terbaik adalah yang selesa untuk digunakan, tidak hanya untuk gaming, tetapi untuk sesi menaip yang lama. Atas sebab itu, ia adalah penting dan perlu diingat jenis switch keyboard yang anda gunakan.
Tanya diri anda, adakah anda mahu semua orang di dalam bilik untuk mendengar setiap kekunci keyboard yang anda tekan? Jika tidak anda boleh memilih mechanical keyboard yang lebih senyap seperti Cherry MX Blue.
Terdapat banyak pilihan lain yang perlu dipertimbangkan, dan banyak dari keyboard gaming yang berada di pasaran membekalkan ciri-ciri yang berbeza-beza.
Berikut adalah 10 jenis mechanical keyboard terbaik untuk gaming.
4. Corsair K95 RGB Platinum
Mechanikel ini mempunyai kelajuan seperti haiwan cheetah
Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes
+ Lampu keyboard yamg menarik
+ Binaan aluminium yang bergaya
– Perisian yang pelik (tidak terlalu mesra pengguna)
– getah tapak tangan mudah comot
Seperti Corsair K70 Rapidfire sebelum ini, K95 RGB Platinum keyboard mekanikal gaming yang serba boleh untuk apa-apa tugasan dan menyelesaikannya. Susunan yang mudah untuk enam kekunci macro pada kekunci QWERTY kemas dan teratur.
Perisian mungkin pelik, tetapi ia hanya untuk menyusun macro sahaja, anda mungkin tidak memerlukannya.
Kerana Corsair K95 RGB Platinum pek mempunyai 8MB memori khusus untuk menyimpan profi, jadi anda tidak perlu bimbang tententang menggunakan komputer yang sama hingga ke penghujung hayat komputer tersebut.
keyboard ini bukan sahaja mempunyai backlit yang menarik, tapi ia merupakan travel buddy yang sempurna, di buat baik dengan menggunakan military-grade aliuminum, termasuk rehat pergelangan tangan.
5. Razer Ornata
Gabungan teknologi mekanikel dan membrane
Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: NO
+ Sentuhan kekunci yang baik
+ Tempat rehat pergelangan tangan magnetik
– ShortKey yang kurang mesra pengguna (sukar untuk menyesuaikan)
Setelah sekian lama akhirnya menggunakan dua gabungan teknologi iaitu mekanikel dan membrane dengan keyboard Razer Ornata. Dengan menggunakan teknologi keyswitch baru dari apa yang razer belajar sebelum ini.
Hasilnya ialah pengalaman menaip anda dengan menggunakan kekunci yang pendek, rasa sentuhan switch hijau dari BlackWidows X Chroma dan setiap klik boleh didengar dengan kuat. Sama seperti produk lain, Ornata menampilkan, ciri-ciri yang boleh di customize, untuk setiap backlight key dan datang dengan tempat rehat pergelangan tangan yang selesa.
6. Cherry MX Board 6.0
Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes
+ Sangat sesuai untuk menaip
+ Sangat selesa
– Tidak mempunyai ciri-ciri tambahan
Cherry MX Board 6.0 mempunyai ciri-ciri yang low profile berbanding keyboard gaming yang lain seperti keyboard Razer BlackWidow X Chroma, menjadikan ia pilihan yang sesuai menaip dan bermain game yang mempunyai tempat rehat pergelangan tangan.
Cherry MX Board 6.0 mempunyai respon tindak balas yang cepat, disebabkan kedudukan kekunci agak rapat jadi ia sangat sesuai untuk melakukan kerja menaip. Dengan ciri-ciri yang disediakan pada keyboard ini, lalu menjadikan keyboard mekanikel ini sangat sesuai untuk kegunaan pejabat.
7. Logitech G810
Keyboard gaming yang minimal (kecik dan padat)
Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes
+ Teknologi Romer G yang baik
+ Reka bentuk switch key minimal
– Tiada port usb
Logitech menggunakan teknologi yang sama seperti keyboard mekanikel Orion Spark G910 pada G810, yang datang dengan gaya yang menarik. Logitech memiliki Romer G switchG810 mempunyai ciri-ciri kekunci keyboard yang berlainan semasa anda menaip dan bermain game.
Menampilkan kekunci media pintar yang sesuai untuk mengguna Windows dan OS X, keyboard terkini Logitech sangat sesuai digunakan dan mesra pengguna. jika anda bosan dengan tanda-tanda yang pelik, skrin LCD dan bahagian-bahagian pelikyang datang dengan keyboard pesaing lain yang hanya fokus pada gaming sahaja, keyboard G810 adalah sangat sesuai untuk anda.

 

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan