Macbook Repair - Mecnote: Kenapa Perlu Update Antivirus?

Cari Model Mac

Rabu, 29 November 2017

Kenapa Perlu Update Antivirus?

Kenapa Perlu Update Antivirus?

 
1. Apakah itu Update?
Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.
2. Antivirus (masukkan nama antivirus disini) kena update tak?
Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.
3. Kenapa perlu update antivirus?
Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi
komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu
mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update
selalu agar ia mengenali virus-virus terbaru.
4. Perlukah update antivirus setiap hari?
Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus
setiap hari adalah melecehkan,lebih-lebih lagi jika komputer anda
tidak mempunyai sambungan internet. Seboleh-bolehnya update
antivirus anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
5. Kalau antivus out-of-date, dah tak boleh guna dh ke?
Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date.
Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus
baru, itu sahaja.
6. Bagaimana nak update antivirus?
Jika komputer anda mempunyai sambungan internet, proses update
akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download
update bagi antivirus di Cyber Cafe, kemudian letakkan pada
komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk
update antivirus secara manual bagi Avira, AVGFree & Avast.

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro Zubair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan