POWER OF GIVING
Erti SYUKUR pada MEMBERI
Sumbangan membawa keberkatan kehidupan..
Mungkin jarang kita sedari, kehidupan ini akan lebih bermakna jika ia diberikan cahaya keberkatan.Terdapat banyak cara untuk mendapatkan keberkatan hidup.Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui sumbangan.
Pernahkan anda terfikir , kenapa ada diantara kita diberikan kesenangan lebih dari orang lain ? Cuba fikir dan hayati soalan tersebut. Jika anda betul-betul faham makna sebenar kesenangan tersebut, anda akan pasti mencari keinsafan diri.
Ramai lagi orang yang memerlukan bantuan kita. Ada diantara mereka yang mempunyai masalah hilang keupayaan kekal yang hanya mampu terlantar di atas katil sambil menunggu waktu untuk pergi selamanya. Tiada keriangan atau kegembiraan di mata mereka, sanggupkah kita membiarkan mereka begitu sahaja tanpa memberi peluang untuk merasa sedikit kegembiraan hidup di dunia ini.
Sumbangan membawa kepada keberkatan hidup dan ia dapat membantu mereka yang memerlukannya . Di Unit Amal MACNOTE STUDIO , kami diamanahkan dan bertindak sebagai medium perantaraan antara penyumbang dan juga penerima.
Unit Amal MACNOTE STUDIO ditubuhkan dengan membantu rumah kasih bestari di Subang pada tahun 2008 . Antara tugasan kami adalah untuk :
# Memberi bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), hilang keupayaan kekal, kanak-kanak, ibu tunggal , warga emas , keluarga miskin daif, terabai , buta huruf dan juga bagi orang yang tidak bernasib baik.
Unit AMAL MACNOTE STUDIO juga mengutamakan pendidikan sebagai salah satu bentuk bantuan yang perlu dititik berat kepentingannya . Melalui pendidikan , generasi baru yang berilmu dan berkhemah tinggi dapat dipupuk. Dengan harapan , generasi ini dapat membantu menjadi penyumbang yang aktif kepada golongan yang memerlukan , di masa hadapan.
Kepimpinan Unit Amal Macnote Studio
( MACNOTE STUDIO SYUKUR TEAM )
MACNOTE STUDIO SYUKUR ditubuhkan di bawah gabungan syarikat Macnote Studio Group serta keseluruhan cawangan dan rakan kongsi Macnote Studio yang diberada dibawah naungan oleh Tuan Ashraf Aswadi Pengasas dan Pengerusi Macnote Studio.
Sebagai sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan , Unit ini amat menghargai kepercayaan penyumbang terhadap peranan kami menyalurkan dana untuk membantu dalam program kemasyarakatan.
Untuk amanah ini. Macnote Studio Syukur team komited kepada amalan terbaik dalam tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan. Komitmen ini wujud di semua peringkat organisasi kami.
MATLAMAT
Matlamat MACNOTE SYUKUR TEAM adalah untuk :
1. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan program pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan negara
2. Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi
3. Menjalankan program dan aktiviti ke arah perbentukan sahsiah dan jati diri.
4. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan
5. Menjalankan kerja -kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap golongan seperti yang terlalu miskin , terabai, teraniaya dan yang tidak mempunyai pelajaran akademik (buta huruf)
6. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan kemasyarakatan.
1. PENDIDIKAN & KEAGAMAAN
1.1
sebagai badan platform untuk membantu 1,000 orang yang terdiri dariapada para daie, mualim , hufaz, muadib.
MACNOTE SYUKUR TEAM
Tujuan : Merealisasikan matlamat dalam membantu melahirkan ummah islam yang seimbang dunia akhirat.
1.2
sebagai penaja atau pengelola untuk Majlis Rasulullah dan Majlis Ilmu.
MACNOTE SYUKUR TEAM
Tujuan : Memberi peluang kepada staff OK Computer Solution dan masyarakat umum untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan lebih menghayati cinta akan Rasulullah SAW
1.3
sebagai badan pengelola kelas agama ( Fiqh, Quran , Tasawuf , Fardhu Ain)
MACNOTE SYUKUR TEAM
Tujuan : Sebagai platform untuk mengenali Ilmu Islam dan asas asas dalam Islam dengan lebih dekat.
Membantu menyiarkan syiar Islam dalam dakwah Islamiyah dari pada pendakwah yang dijemput
2. KEMASYARAKATAN & UMUM
2.1 Ramadhan ( Iftar )
MACNOTE SYUKUR TEAM
akan mengadakan program bersempena Ramadhan setiap tahun bersama staff
MACNOTE SYUKUR TEAM
dan orang ramai seperti Iftar, Buka Puasa.
2.2 Sumbangan
MACNOTE SYUKUR TEAM
akan melaksanakan pengutipan dan pengagihan sumbangan sepanjang tahun bagi pihak-pihak yang memerlukan seperti Projek Sekampit Beras 1 Keluarga Daif.
2.3 Gelandangan
MACNOTE SYUKUR TEAM
melibatkan diri dalam program "Homeless" bagi memberi sumbangan dan sokongan moral untuk melahirkan golongan masyarakat yang lebih prihatin akan masyarakat yang serba kekurangan .
2.4 Konvesyen
MACNOTE SYUKUR TEAM
akan menaja serta berkerjasama bersama pihak yang mengadakan seminar dan pendidikan bagi memberi sedikir pendedahan untuk golongan yang kurang bernasib baik dapat meneruskan hidup mereka
2.4 Benefisiari Lain
MACNOTE SYUKUR TEAM
akan melaksanakan program untuk golongan seperti Banduan , Remaja bermasalah dan pelajar bermasalah bagi membantu meningkatkan keyakinan diri dan keprihatinan orang awam apabila golongan ini kembali kepada masyarakat dan diterima baik oleh orang ramai.
ALIRAN KEMASUKAN DANA
OK Charity mensasarkan Aliran Kemasukan Dana utamanya kepada 2 Kategori :
1) " DIRECT DEBIT DONOR PROGRAM
OK Charity sebagai sebuah unit perantaraan yang menguruskan sumbangan kewangan orang ramai dengan melaksanakan projek keagamaan, kemasyarakatan , pendidikan dan umum, dibawah kelolaan OK Charity sebagai penganjur utama.
Direct Debit Donor Program menjurus 2 kategori iaitu
(a) Caj tambahan RM1 caj setiap hari Jumaat dari Servis
MACNOTE SYUKUR TEAM
(b) Kutipan yang diterima secara berterusan dari orang ramai samaada ketika kempen tertentu, roadshow, aktiviti CSR dan program seumpamanya.
selalu bersyukur dengan mengucapkan alhamdulilah
BalasPadam