Jika chipset pada motherboard MacBook mengalami masalah dan menyebabkan peranti tidak dapat di on kan, berikut beberapa langkah penyelesaian masalah yang boleh dibuat :
1. Periksa perkakasan (Hardware)
- Periksa Adaptor dan Cable Charger
Gunakan charger original Apple dan cuba pasangkan di plug yang lain sekiranya tidak berfungsi.
- Reset SMC (System Management Controller)
Jika MacBook menggunakan chipset Intel, reset SMC dengan langkah berikut:
i. Shutdown MacBook.
ii. Tekan button Shift + Control + Option (kiri) dan button on selama beberapa saat.
iii. Lepaskan semua button tersebut, lalu tekan button on untuk buka semula MacBook.
2. Membuat Booting dalam Mode yang berbeza.
- Safe Mode
i. Tekan button Shift semasa MacBook di on kan.
ii. Lepaskan button Shift setelah logo Apple muncul.
iii. Setelah berjaya masuk, cuba perbaiki sistem dengan Disk Utility.
- Recovery Mode
i. Tekan button command + R semasa MacBook di on kan.
ii. Pilih Disk Utility > First Aid untuk memeriksa sebarang kerosakan pada sistem.
3. Periksa Kerosakan Pada Chipset dan Motherboard Jika masalah berasal dari chipset atau motherboard :
- IC Power ataupun Chipset Rosak
Jika MacBook tidak boleh On atau terdapat short pada circuit(contohnya overheat, kipas berbunyi, atau lampu Adaptor tidak menyala), kemungkinan IC Power (T2/T3 chip) atau chipset lain sudah pun rosak.
- LogicBoard Bermasalah
Jika MacBook sempat terkena air atau jatuh, motherboard boleh mengalami kerosakan ataupun komponen menjadi longgar.
4. Penambahbaikan Berterusan
- Bawa ke Official Apple Repair Centre
Jika chipset mengalami kerosakan yang teruk, pembaikannya memerlukan reballing atau penggantian IC chipset yang hanya boleh dilakukan oleh Technician professional.
- Menggantikan Motherboard
Jika motherboard masih lagi tidak dapat dibaiki lagi, satu-satunya pilihan adalah menggantikan Motherboard yang baru.
Jika MacBook masih mempunyai warranty, sebaiknya segera Claim Warranty di Apple Authorized Service Provider (AASP).
PELANGGAN DATANG KE KEDAI MEMBAIKI MACBOOK AIR A1466 UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN PADA CHIPSET
Pelanggan : Selamat pagi, encik. MacBook saya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Saya sudah cuba cas, tetapi masih tiada keluar lampu charging.
Technician : Selamat pagi! Baik, boleh saya periksa dahulu? Saya tengok model cik nie MacBook Air A1466. sebelum perkara ini berlaku ada Ada tanda-tanda lain tak, Contohnya MacBook menjadi panas, lambat, atau bateri cepat habis?
Pelanggan : Ya, sebelum ini pernah terjadi kadang-kadang MacBook terasa panas dan sekali-sekala ia tiba-tiba mati sendiri.
Technician : Baik, saya akan lakukan pemeriksaan sekejap. Sila tunggu sebentar.
Pelanggan : Baik, Cik saya ke tandas kejap ya.
Technician : Setelah saya periksa, nampaknya masalah utama berpunca daripada chipset pada Motherboard, dan masalah cik agak serius?
Pelanggan : Oh, jadi itu penyebabnya? Bolehkah ia dibaiki?
Technician : Ya boleh dibaiki, tetapi Encik perlu tinggalkan MacBook encik untuk proses pembaikan dalam beberapa hari.
Pelanggan : Berapa anggaran kos untuk pembaikan ini?
Technician : Nanti kami akan followup harga pembaikan pada encik. jika hanya chipset tertentu yang rosak dan diperbaiki, MacBook akan berfungsi seperti biasa. Tetapi jika ada masalah lain seperti overheating atau bateri yang sudah lemah, kami akan update pada cik sama ada setuju ataupun tidak teruskan proses pembaikan.
Pelanggan : Baik, saya setuju untuk meneruskan pemeriksaan lanjut. Nanti cik update kat saya sebelum baiki.
Technician : Baik, saya akan hubungi encik/cik untuk kemas kini status pembaikan. Jika ada sebarang perubahan, saya akan maklumkan terlebih dahulu.
Pelanggan : Terima kasih!
Technician : Sama-sama, kami akan hubungi secepat mungkin selepas dapatkan confirmation keseluruhan kerosakan yang terdapat pada MacBook Cik.
Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.
Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)
43650 Bangi, Malaysia
Email. : macnotesk@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan