MacBook Air A1466 tahun (2013-2017) masih menjadi pilihan ramai pengguna MacBook walaupun model ini ada yang sudah berusia lebih 10 tahun. Antara kebaikan dan sebab utama ia masih dicari adalah :
1. Reka Bentuk Ringan dan Tahan Lama
- MacBook Air A1466 dikenali dengan reka bentuk nipis dan ringan, memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana.
- Diperbuat daripada rangka aluminium yang tahan lasak, memberikan ketahanan yang baik berbanding laptop ataupun MacBook yang lain.
2. Masih Berbaloi Digunakan
- Walaupun bukan model terbaru, cip Intel Core i5/i7 yang digunakan masih mampu digunakan untuk tugas harian seperti melayari website , penulisan dokumen, dan membuat penyuntingan gambar.
- Mempunyai Sokongan macOS terkini sehingga macOS Monterey (secara rasmi), dan boleh upgrade secara tidak rasmi untuk macOS lebih baru.
3. Skrin Berkualiti Walaupun Bukan Retina
- Skrin 13.3-inci dengan resolusi 1440x900 masih mampu memberikan visual yang jelas dan terang bagi kegunaan biasa.
4. Keyboard dan Trackpad yang masih lagi baik untuk digunakan
- Dilengkapi Keyboard butterfly yang selesa untuk menaip dan saiz trackpad yang agak selesa dengan respons yang sangat baik.
5. Bateri Tahan Lama
- Salah satu ciri terbaik MacBook Air A1466 ialah mempunyai jangka hayat bateri yang boleh mencapai 10-12 jam untuk penggunaan biasa.
6. Port Lengkap dan Masih Relevan
- Dilengkapi port USB-A, MagSafe 2, Thunderbolt 2, dan slot SD card, menjadikannya lebih praktikal berbanding MacBook Air terbaru yang hanya mempunyai USB-C.
7. Harga Terpakai yang Berpatutan
- Harga unit terpakai kini lebih mampu milik, menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang mahukan MacBook dengan harga bajet.
Kesimpulan
MacBook Air A1466 masih lagi ramai mncarinya kerana mempunyai keseimbangan antara harga, prestasi, dan ketahanan. Ia masih relevan untuk kegunaan ringan hingga sederhana dan lebih mesra pengguna berbanding beberapa model terbaru yang hanya mempunyai port USB-C sahaja.
Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.
Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)
43650 Bangi, Malaysia
Email. : macnotesk@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan