Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: CARA PENJAGAAN SCREEN MACBOOK!

Cari Model Mac

Rabu, 13 September 2023

CARA PENJAGAAN SCREEN MACBOOK!


Baru-baru ni kami sering didatangi pelanggan yang mengalami masalah screen seperti no display, flickering, crack dan white spots.

Dalam blog ini, kami ingin berkongsi tips penjagaan macbook yang betul supaya anda tidak mengalami masalah skrin yang akan mengakibatkan anda menanggung kos yang tinggi untuk membaiki atau menukar skrin yang baru.


CARA-CARA PENJAGAAN MACBOOK

Pertama sekali, kami ingin menasihati anda untuk tidak menggunakan accessory yang sering digunakan oleh pengguna Macbook yang lain iaitu camera/webcam cover.

Apple juga telah melarang pengguna Macbook untuk tidak memasang accessory ini kerana akan mengakibatkan skrin display terbelah dua kesan daripada selepas menutup Macbook. Untuk sebarang rujukan, boleh tekan link https://support.apple.com/en-my/102177 . 

Yang kedua, kami menasihati anda untuk seeloknya membeli bag khas hanya untuk menyimpan Macbook, jangan menyimpan Macbook anda bersama barang yang lain seperti charger adapter atau buku yang menyebabkan Macbook dihempap. 

Jika anda merasakan tiada kepentingan untuk membeli bag khas untuk menyimpan Macbook, maka kami menasihati anda mengalihkan posisi Macbook iaitu memastikan bahagian Macbook yang bertindih hanyalah pada bahagian panel bawah Macbook, bukan pada skrin panel kerana ada potensi untuk skrin rosak seperti no display.

Yang ketiga, kami menasihati anda untuk memastikan tiada sebarang objek halus sebelum menutup Macbook seperti jarum atau batu kecil di atas keyboard panel kerana akan mengakibatkan skrin anda rosak seperti flickering atau crack.

Akhir sekali, kami ingin berkongsi basic tips yang berguna supaya anda dapat menggunakan Macbook dalam tempoh yang lama dengan kondisi yang bagus iaitu jangan overcharging, selalu sleep dalam tempoh masa yang lama dan menggunakan Macbook di atas katil atau karpet. 

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi kami atau walk-in: 

Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 9.00 malam
(Everyday Open) 



Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing





ikut tanda arah banner kami. 

Wassap No Admin utk share location
60105267005










Tiada ulasan:

Catat Ulasan