Macbook Repair - Mecnote: DARI 128GB TERUS KE 1000GB!!

Cari Model Mac

Rabu, 5 Februari 2020

DARI 128GB TERUS KE 1000GB!!

"Macbook Dah Bagi Amaran Untuk Upgrade Saiz Storage dah tu!" 



Amaran untuk sesiapa yang pakai Macbook Pro Retina 2013-2015 (13 &15 inch), Macbook Air 2010-2017 (11 & 13 inch) dan masih lagi menggunakan storage 128GB!. Saiz macOS semakin besar, begitu juga saiz Application yang biasa digunakan, juga semakin besar. 128GB dah tak relevan untuk zaman sekarang. Install macOS dan beberapa application dah makan saiz storage banyak dah. Macam mana nak simpan gambar2, document2, atau raw file yang besar2? Memang anda sangat perlukan saiz storage yang besar!
Tapi untuk model2 di atas ni boleh ke upgrade? Selalu dengar model2 Macbook Pro lama je yang boleh upgrade.
Ya boleh sebab model2 di atas ini menggunakan PCIe/NVMe yang boleh dikeluarkan dari slot (tidak dipatri). Sama seperti model yang lama cuma bezanya yang lama menggunakan SATA.

SATA & PCIe


Untuk model2 lama terutamanya Macbook Pro Non Retina 2012 ke bawah menggunakan storage jenis SATA *rujuk gambar di atas* dan storage yang disediakan dari kilang hanyalah HDD (sebab tu lah ramai upgrade ke SSD sebab HDD makin lama makin slow walaupun size besar).


Berbeza pula dengan model Macbook Pro Retina 2013 - 2015 dan juga Macbook Air 2010 - 2017 yang menggunakan jenis storage PCIe/NVMe *rujuk gambar di atas* dan storage yang disediakan dari kilang sudah SSD. Tapi masalah yang dihadapi bukanlah prestasi yang perlahan tetapi saiz storage kecil kerana dahulunya harga2 Macbook yang menggunakan storage PCIe ini sangat mahal, jadi pengguna terpaksa mengambil saiz storage kecil kerana dahulunya application digunakan tidak terlalu menjejaskan kapasiti storage.


Solusi untuk pengguna SSD saiz kecil??

Solution yang sangat mudah, upgrade sahaja kepada saiz lagi besar. Tidak perlu melebihkan kos untuk beli Macbook model yang lagi baru.


Gambar di atas menunukkan Macbook Pro Retina 2015 proses mengeluarkan SSD yang lama hanya berkapasiti 128GB sahaja.


Sekarang telah dimasukkan SSD yang lebih besar iaitu bersaiz 1000GB ataupun 1TB.


Ramai juga bertanya, 'Macbook ni support ke kalau pakai 1tb ni?' Ya sudah semestinya support, tidak menjejaskan apa2 bahagian hardware yang lain. Tambahan pula pengguna lebih gembira dengan keadaan Macbooknya yang mempunyai saiz SSD yang luas, tidak perlu lagi 'External Hard Disk'.


Bila dah ada 1TB pada Macbook, sesiapa yang selalu buat editing/rederring tidak perlu risau lagi tentang penyimpanan Raw File kerana ruang yang sangat besar telah ada untuk data2 disimpan.


Anda tidak perlu risau kalau 1TB ini terlalu besar, variasi saiz ada pilihan yang lain contohnya seperti 256GB dan juga 512GB. Anda boleh pilih saiz bergantung pada penggunaan Macbook.


Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..






















Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd






by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan