Macbook Repair - Mecnote: DUA STORAN DALAM SATU MACBOOK PRO?!

Cari Model Mac

Isnin, 4 November 2019

DUA STORAN DALAM SATU MACBOOK PRO?!

"Boleh ke masuk SSD tapi kekalkan HDD lama??" 




Ramai juga yang ingin nak menaiktaraf dari storan HDD ke storan SSD pada Macbook Pro mereka kerana prestasi yang kurang memusakan. Tetapi masih sayang untuk buang HDD lama kerana banyak data-data yang lama tersimpan di dalam storan tersebut.

HDD Caddy

Anda tak perlu lah risau, solusi untuk masalah ini adalah hanya dengan menggunakan HDD Caddy. Apakah HDD Caddy tu?

Gambar ni atas menunjukkan contoh HDD Caddy. HDD Caddy adalah sebuah slot khas yang akan menggantikan slot CD player pada Macbook Pro. Ianya bermakna anda terpaksa korbankan slot CD player pada Macbook anda demi mengekalkan HDD lama anda pada Macbook.


Pemasangan HDD Caddy




Untuk pengetahuan semua juga, tidak semua model Macbook boleh dipasang HDD Caddy ini. Model2 yang terlibat adalah model yang mempunyai CD player sahaja iaitu Macbook tahun 2012 ke bawah. Macbook Air tidak tergolong dalam pemasangan HDD Caddy. Gambar di atas menunjukkan Macbook Pro 15 Inchi 2011 yang akan menjalankan proses pemasangan HDD Caddy.




Gambar di atas menunjukkan CD player asal Macbook yang dipisahkan. Anda tidak lagi dapat menggunakan CD sekiranya ingin menggunakan HDD Caddy.



Gambar di atas menunjukkan HDD Caddy beserta HDD lama yang telah dipasangkan sekali.


Setelah selesai, gambarannya seperti di atas. SSD akan terletak pada slot storan manakala HDD lama akan terletak pada slot HDD Caddy.


Selesai pemasangan dua storan.




Setelah selesai pemasangan, sistem pada Macbook anda akan jadi seperti gambar di atas. Salah satu tips yang perlu dititikberatkan adalah, HDD yang lama tidak digalakkan menyimpan Sistem Operasi kerana ianya mungkin menaikkan suhu HDD tersebut. Anda digalakkan menggunakan HDD lama hanya untuk menyimpan data sahaja.




Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang iMac? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..























Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd









by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan