Macbook Repair - Mecnote: Bateri Macbook Pro Retina yang Bermasalah

Cari Model Mac

Isnin, 26 Ogos 2019

Bateri Macbook Pro Retina yang Bermasalah

"Penukaran Bateri Macbook Pro Retina Secara Percuma"

By ariff. August 26, 2019 


Ya betul ,secara percuma. 
Pihak Apple telah mengumumkan program panggilan kembali komputer riba Macbook Pro dengan paparan Retina bersaiz 15 inci untuk membuat penukaran bateri secara percuma. 
Ini kerana sebilangan kecil model komputer riba tersebut mempunyai bateri mungkin terlalu panas dan menimbulkan risiko letupan dan kebakaran.
Antara model-model yang terlibat adalah Macbook Pro Retina 15 inci yang terjual antara September 2015 sehingga Februari 2017.


Bagaimana hendak tahu jika Macbook Pro anda layak untuk program penukaran kembali bateri Macbook Pro ini?

1. Pilih "About This Mac" dari menu Apple yang terletak di hujung atas sebelah kiri skrin.
2. Pastikan model Macbook Pro anda ialah "Macbook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2015)".. 
Jika sama, anda boleh membuat semakan ringkas di halaman rasmi Apple di bawah 
Jika MacBook Pro anda layak, sila berhenti menggunakannya dan ikut arahan di bawah untuk menggantikan bateri anda.

Proses Penukaran

Cari Pembekal Servis yang Dibenarkan Apple supaya bateri anda diganti. MacBook Pro anda akan diperiksa sebelum sebarang perkhidmatan untuk mengesahkan bahawa ia layak untuk program ini. Perkhidmatan mungkin mengambil masa 3-5 hari.
Sebelum itu,untuk menyediakan MacBook Pro untuk perkhidmatan, anda dinasihatkan untuk membuat sandaran (backup) data.
Sekiranya anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Sokongan Apple.

kasi setel lah..!

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami.


Mecnote Studio Gombak (HQ)
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert

Our location. - KLIK







Tiada ulasan:

Catat Ulasan