Macbook Repair - Mecnote: Emoji baru untuk iOS & macOS akan datang.

Cari Model Mac

Isnin, 22 Julai 2019

Emoji baru untuk iOS & macOS akan datang.

"Apple menawarakan Emoji baru untuk iPhone akan datang"

By @radeonmbps. July 22, 2019 

Watak emoji baru akan datang pada musim luruh ini bagi iPhone, iPad, Mac , dan Apple Watch.

Untuk meraikan "World Emoji Day", pihak Apple telah memperlihatkan beberapa emoji baru yang akan datang pada musim luruh ini. Pihak Apple telah mendedahkan reka bentuk baru yang membawa kepelbagain kepada papan kekunci / keyboard, bersama - sama dengan penambahan emoji makanan yang popular, haiwan, aktiviti, dan smiley faces. Dalam kemaskini ini, emoji memegang tangan yang menentukan hubungan, dan juga pengguna dapat memilih gabungan skin tone, selain daripada jantina.


Berikutan cadangan Apple ke "Unicode Consortium" tahun lepas untuk memperkenalkan lebih banyak emoji bertemakan "ketidakupayaan", panduan mengawal anjing , telinga dengan alat bantuan pendengaran, kerusi roda, lengan prostetik dan kaki prostetik boleh didapati di papan kekunci emoji. 


Lima puluh sembilan reka bentuk emoji baru akan didapati musim luruh ini dengan kemas kini perisian percuma untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch. Beribu-ribu emoji kini tersedia, termasuk wajah smiley, watak neutral jantina, lebih banyak profesion, pelbagai pilihan pakaian, jenis makanan, haiwan, makhluk mitos dan banyak lagi. Emoji baharu dibuat berdasarkan watak-watak yang diluluskan dalam Unicode 12.0.

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami.


Mecnote Studio Gombak (HQ)
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert

Our location.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan