Macbook Repair - Mecnote: NAK JUAL RUMAH LAMA MESTILAH KENA BERSIH, MACAM ITU JUGA DENGAN MAC ANDA

Cari Model Mac

Selasa, 25 Jun 2019

NAK JUAL RUMAH LAMA MESTILAH KENA BERSIH, MACAM ITU JUGA DENGAN MAC ANDA

"Macam mana nak reset Mac saya supaya tiada jejak lama"Image result for reset
Senang bukan jika ada fungsi button diatas, tak perlulah susah mencari jalan untuk memadamkan segala data peribadi atau meninggalkan segala jejak anda yang lama. Sudah tentulah ia tidak disediakan kerana ia sangat jarang digunakan dan bahaya jika tertekan kerana segala data akan terpadam.

Bila dan mengapa perlu reset Mac?

Apabila anda ingin menjual Mac anda kepada orang lain untuk mengelakkan kecurian identiti atau data anda. 

Cara-cara untuk reset Mac?

1. Backup Mac anda sebelum reset. Agar tiada sebarang kekesalan yang berlaku apabila kerja-kerja dan data-data penting anda hilang tanpa dapat diambil kembali.

2. "Sign out" dari semua Software dan Apps.

3. Reformat hard drive:

  • Restart Mac anda
  • Tekan Command + R serentak untuk boot Mac ke dalam Mod Recovery. 
  • Setelah keluar paparan seperti diatas, pilih Disk Utility.
  • Selepas itu, pilih Startup disk anda dan pilih Erase
  • Pilih Mac OS Extended (Journaled) sebagai formatnya dan tekan Erase.
  • Tunggu sehingga proses selesai kemudian pergi ke Disk Utility menu dan tekan Quit

4. Meng'install' semula Mac OS:
  • Restart Mac anda
  • Tekan Command + R serentak untuk boot Mac ke dalam Mod Recovery seperti tadi.
  • Kemudian, tekan Install macOS dan ikut arahan seterusnya.
  • Seterusnya, Shut down dan jangan isi sebarang butiran mengenai diri anda kerana ia akan diisi oleh pengguna yang baru. Selesai.
Selepas ini bolehlah anda menjual Mac lama anda kepada orang lain dengan rasa hati yang gembira tanpa kerisauan.

Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair

Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan