Macbook Repair - Mecnote: Cable HDD Macbook Pro (2008-2012) Rosak??

Cari Model Mac

Selasa, 25 Jun 2019

Cable HDD Macbook Pro (2008-2012) Rosak??


"Cable HDD Macbook Pro rosak??"



.

Apakah tanda2 cable HDD rosak?

Tidak semua Macbook pro menghadapi masalah ini, hanya Macbook pro yang menggunakan SATA cable sahaja iaitu Macbook pro sekitar tahun 2008-2012. Sekitar tahun tersebut terdapat tiga size Macbook iaitu 13 inch (model A1278), 15 inch (model A1286) dan 17 inch (A1297). Apakah tanda-tanda cable HDD Macbook pro dah rosak? Antara tanda-tanda yang kerap berlaku adalah:-
• Question Mark Folder sign
Question Mark Folder sign (rujuk gambar di atas) ini menyatakan yang Macbook anda tidak dapat membaca storage, tetapi tidak bermakna Question Mark Folder sign ini menandakan cable HDD anda rosak kerana terdapat lain-lain masalah yang mempunyai tanda2 seperti ini, contohnya ialah Operating System (OS) bermasalah/corrupt, HDD bermasalah dan lain-lain.

• No entry sign
No entry sign pula lebih kurang sama dengan question mark folder cuma no entry sign ni selalunya terjadi kalau anda ter-install Operating System (OS) yang tidak serasi dengan Macbook anda. Tetapi jika anda install OS yang serasi, berkemungkinan cable HDD atau HDD anda bermasalah.

   *No Entry sign*

• Macbook lagging/hang/stuck
Selalunya pengguna menganggap yang lagging ini berpunca dari HDD semata-mata. Selain dari HDD bermasalah, cable HDD atau logic board juga menjadi punca lagging.

Proses penukaran HDD cable Macbook Pro 13 inch (non-retina) A1278



  • Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah Question Mark folder sign. Setelah specialist membuat fully checking & diagnose, keputusannya adalah cable HDD telah rosak.





  • Gambar di atas menunjukkan proses penukaran cable HDD telah selesai. Cable HDD yang dipegang oleh specialist adalah cable HDD yang asal.




  • Setelah selesai, baru boleh login OS seperti biasa.


Macam mana nak jaga cable HDD dari rosak?

Tak susah pon nak jaga cable HDD ni dari rosak, anda semua kena pastikan:-
  • Jangan biarkan macbook panas terlalu lama, rehatkan dahulu supaya sejuk sikit baru sambung guna.
  • Kalau Macbook tak pernah service, hantar ke mana-mana pusat service komputer untuk check sama ada perlu service atau tidak. Habuk juga boleh menyebabkan komponen dalaman Macbook rosak.
  • Jangan sesuka hati buka HDD tanpa nasihat pakar, jika tersilap langkah cable akan rosak.
  • Pastikan Macbook dalam keadaan Shut Down jika ditinggalkan dalam jangka masa yang lama, jangan biasakan Macbook anda dalam keadaan Sleep.



Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami.


Mecnote Studio Gombak (HQ)
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert

Our location.





        by - aj

        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan