Macbook Repair - Mecnote: HDD iMac rosak tanpa kita sedari?

Cari Model Mac

Rabu, 19 Jun 2019

HDD iMac rosak tanpa kita sedari?


"HDD iMac rosak tanpa kita sedari"



Kita sedap guna iMac bertahun tahun tapi kita tak tahu pon keadaan dia sihat ataupun tidak.

Macam mana nak tahu HDD dah rosak?

Sebenarnya banyak simptom2 yang menandakan HDD dah rosak ataupun kurang sihat. Antara masalah yang kerap terjadi adalah, loading pada startup yang sangat lama. Ia sudah menunjukkan prestasi read & write semakin perlahan, ini berkemungkinan kesihatan HDD sudah menurun atau usianya sudah lama.


    Selain dari prestasi yang 'slow', banyak lagi simptom2 HDD iMac/Macbook rosak seperti autorestart, lagging yang sangat teruk semasa menggunakan software, macbook cepat panas, question mark folder keluar masa startup dan lain-lain. Tetapi jika anda menghadapi masalah2 ini, jangan terburu-buru buat keputusan HDD rosak, ianya hanya simptom dan berkemungkinan HDD rosak boleh jadi juga hardware lain yang rosak. Nasihat saya jika masalah ini berlaku, buat pemeriksaan pada mana-mana pusat servis untuk pastikan masalah sebenar.

HDD ada kesihatan ke? Macam mana kalau dia sakit?

   HDD pon ada kesihatan jugak, nak tahu kesihatan dia macam mana jumpalah mana-mana doktor IT ataupun specialist yang professional dan dapatkan jawapan dan nasihat dari mereka. Kita nak tahu kesihatan diri sendiri pon kena gi klinik/hospital, iMac pon macam tu juga.

Gambar di bawah menunjukkan keputusan report dari specialist di Mecnote selepas membuat checking & diagnose. Ia menunjukkan keadaan HDD iMac yang menghadapi masalah lagging yang sangat teruk.



Jika anda lihat pada 'Overall Health Rating', result adalah 0%!. Owner iMac patut bersyukur sebab masih boleh read OS dan Data walaupun lagging sebab sempat backup data2 penting. Selalunya result kalau 0% ni memang takda harapan dah, so kalau anda semua dah start rasa lagging2 tu, sementara boleh read data tu cepat2 lah backup. Selain Health, kita juga boleh tengok 'Overall Performance Rating', yang ni lebih kurang seperti prestasi usia HDD. Jika health tidak turun/sihat, performance boleh turun dengan sendiri akibat faktor usia HDD yang lama. Walaupun kesihatan masih okay, tapi prestasi tidak sama seperti dulu. 



Gambar di atas menunjukkan '3 issues found' bermakna HDD tu mempunyai masalah2 yang membuatkan kesihatannya turun sehingga 0%. Kebiasaannya 'issues found' dijumpai dalam jumlah yang rawak, ada yang jumlahnya sikit tetapi kesihatan HDD teruk dan ada yang jumlahnya banyak tetapi kesihatan HDD tidak teruk.


Apa punca kesihatan HDD berkurang?

 Punca kesihatan HDD berkurangan ni ada banyak sebenarnya, tapi kita ambil yang penting je untuk mencegah dari HDD rosak dengan mudah.


Antara punca2 yang kerap pengguna iMac lakukan membuatkan HDD cepat rosak ialah;


  • Tidak pernah servis iMac/Macbook
  • Selalu sleep/tidak shutdown dalam jangka waktu yang lama
  • Tidak rehatkan iMac/Macbook apabila telah panas
  • Menggunakan OS yang tidak bersesuaian dengan spesifikasi/tahun iMac
  • Kerap 'force shutdown' apabila application stuck/hang

  • Banyak lagi punca2 lain yang boleh menyebabkan kerosakkan HDD, tapi anda boleh ambil iktibar dari punca2 yang kerap berlaku. Anda boleh mencegah dengan elakkan dari membuat perkara2 yang menjadi punca kesihatan HDD menurun. 
    Jika anda seorang yang suka menyimpan data di dalam HDD iMac, anda dinasihatkan menjaga keadaan HDD dengan baik dari berlakunya kehilangan data akibat kerosakkan HDD. Atau cara lain yang selamat ialah sediakan external HDD untuk digunakan sebagai backup data.



    Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami.


    Mecnote Studio Gombak (HQ)
    No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
    Taman Sri Gombak,
    68100 Batu Caves,
    Selangor.
    Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert

    Our location.






          Tiada ulasan:

          Catat Ulasan