Macbook Repair - Mecnote: eMac, apa itu?

Cari Model Mac

Khamis, 20 Jun 2019

eMac, apa itu?

"eMac bukanlah iMac"



kiri : eMac G4 , kanan : iMac G3

Dapatkah anda bezakan yang mana satu eMac dan yang mana satu iMac?

Mesti ramai yang menjawab sudah tentulah beza pada warnanya kan. Hahahaha. Takkan la itu pun tidak nampakkan. Betul tu, memang la mereka berbeza warna tapi sebenarnya bukan hanya warna sahaja malah ada beberapa benda lagi yang berbeza antara mereka berdua ini. Tahukah anda sebenarnya eMac ini dicipta khas untuk kegunaan pendidikan sebenarnya. Huruf 'e' pada eMac bukan la ethernet sepertimana huruf 'i' pada iMac yang bermaksud internet tetapi sebenarnya 'e' pada eMac bermaksud education(pendidikan). 

Bagaimana tercetusnya idea ini?

Steve Jobs ada menyatakan didalam sidang media ketika memperkenalkan eMac dimana mereka disuruh oleh pengguna yang khusus dalam pendidikan untuk mencipta komputer yang khusus untuk kegunaan mereka. Tetapi selepas beberapa bulan, eMac ini mula dibuka untuk umum kerana desakan daripada pengguna-pengguna lain.


Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair

Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.


























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan