Macbook Repair - Mecnote: Macbook Pro Tak Sesuai Utk GAME?

Cari Model Mac

Ahad, 3 Februari 2019

Macbook Pro Tak Sesuai Utk GAME?


MAC Tak Sesuai Untuk GAME??..



Beli Mac mahal2, tapi takkan lah tak boleh main game kot? Nak kata spec rendah pon tak. Sebelum tu korang kena tahu fakta yang Mac memang bukan untuk Gaming. Kenapa? Jom baca..

CPU & GPU


Mac dibina untuk spesifikasi tertentu, serta OS yang dikawal ketat yang berjalan pada jenis perkakasan yang terhad untuk memastikan jumlah maksimum prestasi dapat ditangani. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Macbook Pro lemah. Terdapat dua bahagian utama pada komputer iaitu CPU dan GPU.




CPU melakukan pengkomputeran langsung untuk apa2 sahaja maklumat yang perlu diproses. GPU pula akan menghitung ke mana dan bila grafik perlu dipaparkan pada skrin.

CPU diperlukan untuk komputer untuk mengira dan memproses kod dan fail. Walau bagaimanapun, tanpa GPU, komputer tidak dapat menunjukkan kepada anda apa yang baru dikira oleh CPU.

Sebagai contoh, Macbook Pro dengan CPU yang berkuasa mungkin dapat proses Game dengan sangat baik. So boleh lah main game kan? Sabarr dulu, dengan adanya GPU yang liciknya akan menghalang Macbook Pro dari memaparkan Game itu ke skrin. So, sebab tu lah tak boleh main game. Sebab tu lah sesetengah pengguna Macbook Pro pelik tiba-tiba je auto-shutdown bila main game.



Suitable For Editing


Mac tidak seperti kebanyakan PC Windows / Linux kerana ia direka dengan sangat berhati-hati untuk memaksimumkan tiga perkara:-
- keanggunan luaran (pengurangan port)
- pengurusan haba yang berhati-hati 
- bunyi yang tak terlalu bising 

Apple boleh melakukan ini kerana mereka mengawal keseluruhan proses reka bentuk.
Walaupun tak sesuai untuk game, dari segi penggunaan grafik yang tinggi, Mac sangat sesuai dalam editing gambar/video/audio.



Kebanyakan Mac menggunakan Graphic Card yang dioptimumkan untuk grafik design, audio, video dan lain-lain kerja grafik berat tapi bukan untuk game.

Ianya dibina untuk kegunaan maksimum, kestabilan, dan ketahanan. Contoh macam software seperti Logic Pro X dan Final Cut Pro X, software yang sangat berguna dan mudah digunakan, dengan hasil profesional. Selain software2 tersebut, Macbook Pro sangat sesuai menggunakan software2 adobe seperti Photoshop, Illustrator, Premiere Pro dan lain2.

Jadi, fikir masak2 ya kalau nak main game kat Macbook Pro.




Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami. 


Mecnote Studio Gombak (HQ) No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6, 
Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, 
Selangor. 
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert 

Our location.


 


by janoski @ mecnote studio

2 ulasan:

  1. I am glad to be one of many visitors on this outstanding web site (:, thanks for posting . macbook template

    BalasPadam
  2. I genuinely enjoyed this. It was incredibly educational and useful. I will return to examine on upcoming posts macbook psd

    BalasPadam