Macbook Repair - Mecnote: Bateri Macbook KEMBUNG Boleh MELETUP?

Cari Model Mac

Rabu, 6 Februari 2019

Bateri Macbook KEMBUNG Boleh MELETUP?


Bateri Macbook KEMBUNG Boleh MELETUP?




Kenapa Bateri Boleh Kembung?

Selain dari Macbook, bateri kembung atau bengkak selalu juga terjadi pada peranti yang menggunakan bateri Lithium-ion, seperti iPhone atau telefon pintar yang lain. 
Bateri kembung ni boleh terjadi dari pelbagai faktor, contohnya:
  • Sesetengahnya disebabkan 'Manufacturing Defects' ataupun kesalahan pembuatan dari kilang.
  • Umur bateri juga memainkan peranan.
  • Penyalahgunaan bateri seperti tidak menggunakan bateri dengan betul dari masa ke masa.
  •  Menggunakan charger atau adapter yang salah.
Secara amnya, bateri kembung berlaku apabila sel-sel bateri berlebihan, kerana bateri Lithium-ion bertindak balas dengan tidak baik apabila caj berlebihan atau Overcharge.

Terdapat batasan ketat ke atas berapa banyak arus boleh diletakkan melalui sel Litium-ion. Semasa pengecasan biasa, anda tidak pernah melihat litium logam yang sememangnya tidak stabil. Tetapi semasa pengecasan berlebihan, litium membina lebih cepat daripada dapat menghilangkannya. Hasilnya ialah plat litium logam di atas anod. Pada masa yang sama, katod menjadi agen pengoksida dan kehilangan kestabilan.


Reaksi ini menghasilkan haba, yang memanaskan gas di dalam bateri, menyebabkan mereka berkembang. Tanpa sebarang cara untuk pengalihudaraan, 'casing' bateri pon mengembang dengan gas dan bila dah terlalu banyak, keadaan kembung boleh nampak dengan jelas.

Pereka dan pengeluar bateri memahami kemungkinan tindak balas ini, dan mereka bentuk bateri untuk menahan sedikit pengembangan. Litar dibina ke dalam bateri juga sering dimasukkan untuk mengawal caj bateri, dan mematikan kuasa jika mengesan tahap pengecasan melebihi had bateri. 


Tetapi penjagaan ini kadang-kadang boleh gagal, dan sesetengah pengguna akhirnya mengalami bateri yang bengkak. Seterusnya, kami akan bercakap tentang apa yang perlu anda lakukan jika anda mendapati diri anda menghadapi bateri yang bengkak.


Simptom Bateri Kembung


Bukan penyakit je ada simptom, bateri pon ada. Antaranya ialah:

  • Trackpad Macbook anda tidak boleh klik seperti biasa. 
  • Anda dah mula perasan Macbook anda tidak lagi duduk di meja dengan stabil. 
  • Casing Macbook anda mungkin mula melengkung.

Bateri Dah Kembung?? Apa Nak Buat Ni??
Bateri kembung ni sememangnya sangat bahaya, jadi kita perlu tahu apa tindakan yang perlu dititikberatkan sekiranya perkara ini terjadi.

  • Pertama sekali, kalau bateri Macbook dah kembung jangan biarkan ia di dalam kereta panas atau lokasi di mana ia boleh diambil oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.
  • Jangan abaikannya. Macbook atau iphone anda mungkin masih boleh digunakan dengan bateri kembung, tapi takkan lama. Jadi jangan abaikan masalah dan terus menggunakan bateri kembung kerana akan meningkatkan risiko seperti letupan yang boleh menyebabkan kecederaan.
  • Jika peranti anda bukan 'user-replaceable' lebih-lebih lagi model yang terkini, jangan sesekali cuba untuk mengeluarkannya sendiri. Pergi ke mana-mana pusat servis Macbook/iPhone untuk dapatkan bantuan.
  • Jangan connect Macbook/iphone dengan charger untuk teruskan penggunaan, mungkin bagi anda tiada masalah kerana masih boleh digunakan seperti biasa tetapi bateri kembung boleh meletup jika tidak ditangani dengan betul.
  • Jika peranti anda sejenis 'user-replaceable' anda boleh cuba mengeluarkannya dengan berhati-hati. Tapi pastikan anda mendapatkan nasihat pakar sebelum melakukannya untuk mengelakkan masalah lain berlaku. Jika anda berjaya mengeluarkan bateri kembung tersebut, letakkannya dalam bekas yang selamat.
  • Jangan buang bateri di dalam tong sampah atau di tempat lain. Ini boleh menyebakan ancaman terhadap kesihatan pada pekerja-pekerja yang mengutipnya dan juga menjejaskan persekitaran. 
  • Sentiasa buang bateri sama ada bengkak atau tidak di pusat pelupusan bateri yang dibenarkan. 
Tips untuk Mengelakkan Bateri Kembung
Kadang-kadang memang dah tak boleh nak buat untuk mencegah bateri kembung kalau bateri tu memang bermasalah, tetapi berikut adalah beberapa amalan terbaik untuk membantu bukan sahaja mencegah bateri bengkak, tetapi untuk memaksimumkan kehidupan normalnya juga.
  • Charger Adapter Yang Berkualiti


Jangan membeli 'third-party charger' atau yang tak original semata-mata nak murah dan jangan gunakan charger yang tidak sesuai untuk kuasa peranti anda. Walaupun benda mudah ditukar ganti, tetapi sedikit sebanyak akan memberi kesan pada Macbook anda.

  • 24 Hours Charging

Jangan biarkan Macbook anda caj sepanjang masa. Ini adalah masalah utama pengguna Macbook yang menggunakan Macbook mereka di rumah kerana selalunya kedudukan Macbook akan kekal di tempat yang sama dan dipasang pula dengan charger sepanjang masa. Bateri tidak diberikan peluang untuk menjalankan kapasitinya. Untuk pengguna Mac, terdapat beberapa Software yang akan membantu anda untuk mengingatkan anda bila tiba masanya anda perlu disconnect dengan charger.
  • Persekitaran Yang Sesuai

Pastikan Macbook anda disimpan dalam persekitaran yang sejuk dan kering. Penggunaan sekali-sekala di bawah sinar matahari adalah baik, tetapi jangan simpan Macbook atau iPhone anda di dalam kereta panas, atau persekitaran yang lembab.

  • Prihatin Terhadap Keadaan Bateri

Gantikan bateri anda jika ia telah mula tidak stabil atau rosak. Pengguna Mac dengan mudahnya dapat lihat keadaan bateri kerana sistem akan memberi tahu status jika bateri dah mula tidak stabil. Tetapi jika sistem tidak memberitahu dan anda pula rasa bateri anda mempunyai masalah, hantar pada mana-mana pusat servis untuk pemeriksaan lebih lanjut. Bateri adalah produk yang boleh ditukar ganti bermakna prestasi akan berkurangan bergantung pada usia ataupun penggunaan.




Sebarang pertanyaan dan masalah 
boleh hubungi kami. 


Mecnote Studio Gombak (HQ) No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6, 
Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, 
Selangor. 
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert 

Our location.


 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan