Macbook Repair - Mecnote: APFS vs Mac OS Extended

Cari Model Mac

Selasa, 5 Februari 2019

APFS vs Mac OS Extended




APFS vs Mac OS Extended



Apa APFS dan Mac OS Extended ni?
Okay benda ni akan keluar bila anda buka Disk Utility untuk buat Partition pada Hard Disk baru anda. Ia akan memberi anda pilihan dan sebenarnya pilihan lagi banyak selain APFS (Case-sensitive) dan Mac OS Extended (Journaled, Encrypted). Tapi kali ni saya akan kongsikan perbezaan antara dua pilihan ini.

Apa itu APFS?


First sekali kita kena kenal apa APFS ni.
APFS adalah singkatan dari "Apple File System" dan adalah salah satu ciri baru dalam macOS High Sierra. Ianya dioptimumkan untuk Solid State Drive (SSD) dan semua Flash Storage yang lain. Tapi masih berfungsi pada Mechanical Drive dan Hybrid Drive.

Jadi apakah keistimewaannya?
  • APFS lebih pantas dalam "copy and paste" folder kerana sistem fail pada dasarnya menunjuk kepada data yang sama dua kali.
  • Penambahbaikan kepada "metadata" bermakna dapat menentukan berapa banyak ruang folder yang diambil pada pemacu anda dengan pantas. 
  • Juga penambahbaikkan dari menyelamatkan fail seperti mengurangkan "corrupted files"
Compatibility.
MacOS Sierra 2016 adalah Operating System (OS) pertama yang mampu membaca dan menulis ke sistem APFS. Ia bermaksud mana-mana Mac menggunakan OS yang lebih lama tidak akan dapat menulis ke pemacu APFS yang diformat. 
Kalau ada Mac yang dah tua, tidak disarankan guna APFS. 


So, mungkin tiada alasan untuk tidak menggunakan APFS, terutama pada SSD dan Flash Memory.


Apa itu Mac Os Extended?


Sekarang kenal Mac Os Extended pula.
Mac OS Extended, atau juga dikenali sebagai HFS Plus atau HFS +, adalah sistem fail yang digunakan pada semua Mac dari tahun 1998 hinggalah sekarang
  • Mac OS Extended adalah "Default File System" yang digunakan oleh setiap Mac yang lama sebelum APFS menggantikannya. 
  • Sehingga hari ini, "Default File System" masih kekal untuk Mechanical dan Hybrid Hard Drive, semasa nak install macOS. 
  • Sesuai untuk Mechanical Drive kerana faedah APFS tidak jelas pada Mechanical Drive.

Compatibility.
Jika anda mempunyai Mechanical Hard Drive untuk digunakan pada Mac, adalah lebih baik menggunakan Mac OS Extended. Dan apa-apa pemacu yang perlu bekerja dengan Mac yang lebih tua atau lama, gunakan OS El Capitan atau lebih awal dan diformatkan dengan Mac OS Extended, kerana APFS memang tidak serasi.




APFS & Mac Os Extended Time Machine


APFS juga tidak sesuai atau tidak berfungsi dengan Time Machine pada masa ini, jadi anda harus memformat sebarang pemacu yang anda mahu gunakan untuk backup Mac anda menggunakan Mac OS Extended.


Case Sensitive


APFS dan Mac OS Extended kedua-duanya mempunyai pilihan "Case Sensitive", tetapi macOS tidak menggunakan tetapan ini secara "Default". Tetapi jika anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan, dan mempunyai sebab tertentu untuk menginginkannya, anda tidak boleh menggunakan "Case Sensitive" ketika memformat pemacu.


Kenapa?
  • Anda boleh menggunakan huruf kapital ataupun tidak dalam nama fail. 
  • Tapi kepekaan "Case Sensitive" kebanyakannya menentukan sama ada sistem fail melihat huruf besar benda yang asing. 
  • Anda tidak boleh mempunyai fail yang bernama "Mac.txt" dan "mac.txt" dalam folder yang sama pada Mac. 
  • Sistem fail akan melihat nama fail sebagai identik, walaupun kelihatan berbeza pada anda.
Mac menggunakan "Case Sensitive" pada sistem fail secara "Default" pada tahun 90an, tetapi berubah apabila Mac OS X dilancarkan. 

UNIX-based systems umumnya bukan "Case Sensitive", dan Mac OS X adalah OS Mac pertama berdasarkan standard UNIX. Mengaktifkan "Case Sensitive" boleh memecahkan beberapa aplikasi Mac, tetapi sesiapa yang mempunyai sistem fail yang bermula pada tahun 1990-an berpotensi kehilangan fail jika "Case Sensitive" tidak diaktifkan.

Cadangan kami adalah untuk mengelakkan kepekaan kes bagi kedua-dua APFS dan Mac OS Extended kecuali anda mempunyai sebab tertentu untuk menginginkannya. Tidak banyak faedah untuk mengaktifkannya, tetapi semua jenis perkara mungkin rosak, dan mungkin kehilangan data.


Encryption Might Affect Performance

Encrypt ataupun nak lebih faham Sulit.

Cara terpantas untuk menyelesaikannya ialah memilih "Encrypted" masa anda mula memformat pemacu. Kedua-dua APFS dan Mac OS Extended ada pilihan "Encrypted" ni. Tapi kalau kurang yakin, takut data dan fail tak selamat ataupun terlalu banyak data dan fail yang penting, lebih baik backup ke External Drive.

Tapi kelemahan utama ialah lupa Encryption Key/Password, maksudnya tak boleh akses ke fail anda. So janganlah Encrypt-kan pemacu anda kalau anda tak boleh ingat Encryption Key.



Potensi lain yang boleh menyebabkan Encrypt ni adalah performance ataupun prestasi. Membaca dan menulis akan lebih perlahan pada pemacu jika anda memilih untuk encrypt. 


Kalau takut nak tunggu berzaman tu tak perlu lah pilih encrypt. Tetapi mungkin sesetengah pengguna akan rasa berbaloi terutamanya pada Mac mudah alih (Macbook).




Sebarang pertanyaan dan masalah 
boleh hubungi kami. 


Mecnote Studio Gombak (HQ) No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6, 
Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, 
Selangor. 
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert 

Our location.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan