Macbook Repair - Mecnote: Kenapa anda perlu rajin servis perkakasan dalaman Mac?

Cari Model Mac

Sabtu, 3 Mac 2018

Kenapa anda perlu rajin servis perkakasan dalaman Mac?

iMac 2010

Tak pernah buka atau cuci sejak beli memandangkan task iMac ni agak ringan. Jarang-jarang sekali buat foto edit… video edit jauh sekalilah. Hanya lebih banyak menaip dan bermain FB sahaja.

iMac ni di sambung dengan Corsair Straffe Mech Keyboard dengan menggunakan hack driver CKB.app.



CKB adalah open-source driver untuk papan kekunci dan tetikus Corsair dengan tujuan membawa ciri-ciri istimewa perkakasan tersebut kepada sistem macOS dan Linux. Tetapi bukanlah aplikasi rasmi dari Corsair.


Kebelakangan ni iMac mula kerap ‘hang’ dengan ghosting dalam Finder dan lagging pada semua arahan. 

Kredit foto: binaryage

Pada pengalaman saya, perkara ini biasa berlaku apabila CPU memasuki safe-mode kerana core temperature terlalu panas walaupun dalam aplikasi Macs Fan Control tidak menunjukkan iMac sepanas itu. Ini kerana Macs Fan Control membaca dari temp sensorCPU, ODD dan HDD bukan core temperature.

Dengan menjalankan ASD (Apple Service Diagnostics) 3S140, confirm yang CPU core tempadalah terlalu tinggi, berlegar dalam 70++ºC – hingga 90++ºC di mana ia mula menunjukkan simptom di atas. Dan secara fizikal, belakang iMac bagaikan oven roti, panas yang berlebihan. Mujurnya ia guna i3, CPU yang underclock dan mungkin sebab itu masih mampu hidup lagi.


Jadi bukalah iMac ni untuk mungkin kali ke tiga atau keempat. Dikeluarkan motherboard, cuci, buka CPU dan GPU, tampal Cooler Master Thermal paste dan pasang balik.

Keputusan menakjubkan! Sebelum ini idle saya berlegar di antara 35ºC – 40ºC dan CPU Heatsink, GPU Diode, GPU Heatsink dan GPU Proximity dalam Macs Fan Control semua berlegar dalam 65ºC. Tetapi sekarang setelah diservis, idle temp sekarang adalah 25++ºC sahaja.


Idle temp selepas iMac diservis.


Suhu CPU Heatsink, GPU Diode, GPU Heatsink dan GPU Proximity selepas iMac diservis.

Kesimpulannya:

Servislah Mac anda serupa macam servis kereta. Buat sekurang-kurangnya 2 tahun sekali atau jika dalam keadaan yang maha berhabuk seperti penuntut di Saudi/Mesir, sekurang-kurangnya setahun sekali. Mac anda akan membalas dengan bertahun-tahun lagi penggunaan yang produktif.

sumber : ariffmac.com


Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.









Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan