Macbook Repair - Mecnote: SSD Samsung 950 PRO Storan Berkualiti

Cari Model Mac

Sabtu, 10 Februari 2018

SSD Samsung 950 PRO Storan Berkualiti

Untuk memenuhi permintaan pengguna yang mahukan storan berprestasi tinggi, Samsung mengumumkan Samsung 950 PRO SSD untuk kegunaan laptop dan desktop. Ia menggunakan rekaan M2 untuk dipadankan bersama laptop yang sangat nipis, tetapi kekal tahan lasak sambil menjimatkan tenaga.

Samsung 950 PRO menyediakan storan SSD yang dilengkapi teknologi V-NAND (NAND menegak) dan NVMe (Non-Volatile Memory Express ), yang berhubung melalui sambungan PCIe 3.0. Ia adalah yang pertama seumpamanya dihasilkan untuk pengguna.
Teknologi Samsung SSD 950 Pro M2
Dengan menggunakan antaramuka PCIe Gen.3 x4, pengguna boleh menikmati kepantasan sehingga empat kali lebih laju berbanding SSD SATA yang biasa. Manakala rekabentuk kompak M.2 2280, memastikan keserasian untuk komputer generasi akan datang.

Samsung 950 PRO dihasilkan dalam dua jenis storan, 256GB dan 512GB. Model 512Gb memiliki kelajuan bacaan sehingga 2,500MBps dan menulis 1,500MBps. Bacaan rawak pula mencecah sehingga 300,000 IOPS, dan kelajuan menulis pula sehingga 110,000 IOPS.
Samsung SSD 950 Pro M2 depan
Samsung 950 PRO dibina bersama Enkripsi Penuh AES 256-bit untuk melindungi data, serta Kawalan Terma Dinamik, memastikan storan berada di dalam suhu yang terkawal. Samsung 950 PRO juga mampu menahan hentakan fizikal sehingga 1500G/0.5ms, dan juga getaran sehingga 20G.

Samsung 950 PRO SSD datang dengan jaminan terhad selama 5 tahun, serta sehingga 200 TB ditulis untuk 256GB, dan 400 TB ditulis bagi 512GB. 
Samsung SSD 950 Pro M2 dikuasakan V-NAND

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.








Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan