Macbook Repair - Mecnote: Boot Up PC Lebih Laju Menggunakan SSD

Cari Model Mac

Sabtu, 10 Februari 2018

Boot Up PC Lebih Laju Menggunakan SSD

SanDisk Corporation, baru-baru ini melancarkan storan SSD terbaru mereka, iaitu SanDisk Ultra® II dengan SSD Dashboard yang dipertingkatkan. Storan SSD baru ini akan menjadi satu solusi mudah untuk menaiktaraf buat pengguna PC yang mahukan peningkatan prestasi, jangka hayat bateri dan penjimatan tenaga. SSD Dashboard yang baru pula membolehkan pengguna memantau prestasi, keselamatan dan kemaskini firmware terbaru bagi memastikan ia berfungsi dengan prestasi terbaik sepanjang masa.
SanDisk_Ultra_II
Mark Eng, Pengurus Negara SanDisk bagi Malaysia dan Singapura berkata, kita kini hidup dalam era informasi di hujung jari bila-bila masa di mana jua. Teknologi yang ada membuatkan kita sering berhubung dengan kehidupan peribadi dan kerja pada peranti yang sentiasa hidup. Dengan SSD SanDisk Ultra II ini beserta SSD Dashboard yang baru, ia memberi pengguna kemudahan dan cara yang mampumilik untuk memastikan PC mereka dapat mengikut rentak kehidupan seharian.
SSD SanDisk Ultra II yang baru ini boleh meningkatkan prestasi PC sehingga 28x dan memanjangkan jangka hayat bateri 15% lebih lama. Ia mempunyai kelajuan sequential read sehingga 550 MB/s dan kelajuan menulis sehingga 500 MB/s, membolehkan masa boot up yang cepat dan loading aplikasi lebih singkat. Berdasarkan teknologi X3 NAND Flash & nCache™ 2.0, ia menggunakan senibina caching dua-lapisan bagi mengoptimumkan kelajuan dan daya tahan. Ia juga direka tahan gegaran, untuk memastikan data sentiasa selamat jika komputer terjatuh atau terhentak.
SSD Dashboard full
SanDisk SSD Dashboard yang baru membolehkan pengguna memantau prestasi SSD mereka, di samping mendapatkan bantuan dalam talian melalui ‘Live Chat” dan butang pertanyaan melalui emel. Selain itu, ia juga dilengkapi aplikasi Cloning dan Theft Recovery.
SSD SanDisk Ultra II boleh mula didapati di Malaysia sekarang dan datang dengan jaminan selama 3-tahun. Ia dijual dalam kapasiti 120GB, 240GB, 480GB, dan 960GB.

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.








Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan