Macbook Repair - Mecnote: CARA BASIC UNTUK MAINTAIN PRESTASI LAPTOP

Cari Model Mac

Khamis, 4 Januari 2018

CARA BASIC UNTUK MAINTAIN PRESTASI LAPTOP

Image result for service macbook

Hardware :
Korang memang tak boleh nak kawal haus,lusuh dan jangka hayat sesebuah mesin tetapi kesihatan mesin bergantung pada keadaan hardware nya. Pastikan hardware anda dalam keadaan bersih dan teratur dengan mengikuti langkah ini :
Pastikan tangan anda bersih
Jadikan basuh tangan sebelum menggunakan laptop sebagai tabiat. Walaupun nampak macam tak relevan dan tak masuk akal tapi tangan yang bersih juga menyimpan  banyak kotoran yang boleh mengotorkan laptop.
Jangan makan dan minum  / cecair berdekatan dengan laptop:
Tabiat makan dan minum sambil menggunakan laptop boleh menghancurkan laptop tanpa sengaja.  Sebarang makanan atau minuman tidak sepatutnya berada berdekatan dengan stesen kerja. Bak kata pepatah “malang tidak berbau” ntah tiba-tiba anda tertumpah air kopi ,kuah kari atau  terjatuhkan serbuk makanan diatas keyboard laptop. Perkara ini pasti akan meninggalkan kesan samada cepat atau lambat. Oleh itu, anda mesti pastikan ruang kerja anda bebas dari makanan dan cecair.
Kendali dengan Cermat
Laptop adalah mesin mudah alih – dalam bahasa melayu komputer riba; walaupun ianya ringan dan mudah alih anda wajib kendalikan  dengan cermat. Dari luaran memang nampak gah, tapi percayalah bahawa laptop adalah mesin yang rapuh.
Ketika angkat atau pegang laptop , pastikan pegang  bahagian bawah. Jangan sesekali pegang/angkat dari bahagian skrin kerana ianya mudah pecah.Ketika tutup laptop, pastikan tiada pen,duit syiling atau barang yang boleh menjejaskan skrin laptop diatas keyboard dan jangan terlalu ganas ketika kendalikan laptop sehingga terjatuh.Sesetengah laptop yang jatuh memang tidak menunjukkan kesan kerosakan fizikal, tetapi komponen didalam laptop boleh terjejas teruk. Sebagai contoh;  harddisk mereka tidak dapat dibaca lagi.
Guna casing yang selamat:
Anda seorang yang produktif dan workaholics atau  seorang pengembara moden yang tak boleh berenggang dengan laptop ?
Dinasihatkan untuk sentiasa bawa laptop anda didalam bekas laptop. Anda boleh gunakan casing silicon, beg silang, atau beg sandang. Admin cadangankan anda guna beg anti pencuri  kerana ciri-ciri yang digunakan beg tersebut memang membuatkan laptop & barang didalamnya selamat. Ia juga nampak stylish,elegan dan trendy.
Sentiasa pastikan keyboard dan skrin bebas dari kotoran dan habuk:
Akibat dari penggunaan dan taip an anda laju bak halilintar,  anda telah terperasan beberapa butang kekunci laptop melekat atau susah untuk ditekan dan perlu dibersihkan. Cara mudah yang boleh dilakukan ; terbalikkan laptop , tepuk perlahan-lahan bawah laptop untuk mengeluarkan habuk dan serbuk makanan dari celah keyboard.Kemudian, gunakan pam atau pemampat udara untuk keluarkan benda-benda yg degil.
Pastikan  juga skrin laptop anda bersih. Skrin amat mudah memerangkap habuk. Nampak macam remeh temeh tapi tanpa sedar perkara ini boleh membahayakan laptop anda. Oleh itu, sentiasa berjaga dengan menyimpan kain  microfiber untuk mengelap dan membersihkan habuk dari laptop (skrin) ketika diperlukan.
Elakkan Over heating:
Jangan biarkan laptop anda panas terlalu lama kerana ia akan merosakkan komponen laptop. Harddisk juga boleh rosak walaupun ianya mempunyai toleransi yang tinggi terhadap suhu.  Untuk pastikan suhu laptop anda dalam keadaan selamat, gunakan System Mechanic’s DriveSense. Software ini agak bagus kerana ia  dapat membaca suhu semasa laptop anda.
Jika terlalu panas, anda mungkin perlu meniup ke lubang pengudaraan laptop untuk hilangkan habuk-habuk yang menghalang. Selain itu, admin juga sarankan anda gunakan cooling pad dibawah laptop untuk mengurangkan risiko overheat.
Maintain hayat bateri:
Bateri yang cepat habis memang sangat menyebalkan kerana bateri yang sihat dapat menyelamatkan anda dari situasi menjengkelkan dimana bateri laptop habis ketika anda melakukn assignment atau mesyuarat penting. Maintain suhu laptop untuk pastikan bateri anda selamat,jangan biarkan bateri mati baru anda cas, setelah bateri turun separuh anda sambung mengecasnya kembali. Bila anda tidak menggunakan laptop, biarkan laptop anda didalam mode “hibernasi” – tujuannya untuk menjimatkan penggunaan bateri anda.

Software:
Setelah hardware sudah bersih dan fresh,  sudah tiba masanya untuk anda up-to-date software. Untuk pastikan sistem operasi anda dalam keadaan baik, ikut cara ini :-
Install dan Update antivirus:
Sentiasa peka dengan update-update yang perlu didalam laptop anda. Jika perlu, update windows anda kerana ianya ada kebaikan dalam pengendalian sistem operasi laptop. Selain itu, anda juga harus berhati-hati dan waspada dgn storan luar yg dicucuk ke laptop anda, cth ; external hdd,pendrive, dll. Scan dahulu storan luar sebelum membuka data yg ada didalamnya. Hal ini untuk mengelakkan daripada laptop anda dijangkiti virus,spyware dan program berbahaya yg lain.
Susun atur fail-fail dan data :
Pastikan laptop andan “ringan” dan tidak rimas. Luangkan beberapa jam untuk susun fail,perisian dan data didalam laptop anda. Perkara ini harus dilakukan supaya sistem operasi laptop anda tidak perlu melakukan kerja yang banyak untuk mencari fail, perisian dan  data didalam laptop anda. Kesannya, laptop tidak akan cepat panas dan tidak memakan tenaga yang banyak.
Sekarang anda dah tahu cara dan etika untuk maintain prestasi laptop anda, luangkan masa dan sayangi laptop anda seperti sayangi kereta yang baru dibeli.
credit to touchmedia

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan