Macbook Repair - Mecnote: Apakah itu iCloud?

Cari Model Mac

Rabu, 31 Januari 2018

Apakah itu iCloud?

Apakah itu iCloud?

Apabila Apple mula-mula melancarkan iPhone (dan seterusnya iPad), perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh pembeli ialah menyambungkannya ke PC bagi tujuan pengaktifan serta penyegerakkan (diambil daripada perkataan ‘segerak’ dan selepas ini disebut ‘sync’ atau‘syncing’) gajet tersebut.

Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumbalas daripada pengguna seluruh dunia, rupa-rupanya terdapat sebahagian besar daripada pembeli, sejak daripada itu tidak pernah menyambungkan semula dan syncing iPhone mereka bagi tujuan pengemaskinian iOS mahupun melakukan backup data. Tanyalah mana-mana pengguna produk tersebut secara rawak tentang berapa kerap mereka sync iPhone mereka setiap kali ianya memerlukan mereka untuk berbuat demikian? Anda pasti terkejut kerana jawapan sebahagian besar daripada mereka ialah ‘TIDAK PERNAH!!!’.



Bagaimana iCloud berfungsi


Maka atas faktor tersebut Apple membuat satu langkah bijak dengan memperkenalkan iCloud di dalam pakej iOS yang berfungsi untuk memastikan iPhone anda sentiasa dalam keadaan sync melalui talian internet. Berbeza dengan kaedah syncing biasa secara manual yang memerlukan pengguna membuat sambungan kabel ke PC, proses syncing melalui iCloud dilakukan secarawireless. Pada masa yang sama anda dapat berkongsi kandungan data yang sama sekiranya anda menggunakan iDevice lain. Ini kerana. iCloud secara automatik akan menyimpan kandungan data anda dengan selamat supaya ia sentiasa tersedia memberikan anda akses kepada muzik, aplikasi, gambar dll untuk digunakan di salah satu sama ada  iPhone, iPad, iPod Touch, Mac mahupun PC anda. Ini dapat dilakukan dengan syarat semua iDevice tersebut menggunakan Apple ID pengguna yang sama.

Apple memilih untuk menamakan perkhidmatan ini sebagai iCloud adalah merujuk kepada terma teknologi ‘Cloud’ yang secara asasnya merupakan satu kaedah penyimpanan data di dalam remote server yang yang memberi kebolehcapaian (accessabilty and avilablity) kepada pengguna walau di mana sahaja. Atau dengan kata mudah seolah-olah data tersebut tersimpan di dalam ‘awan’ di mana untuk mendapatkannya anda hanya perlu keluar dan mencapai data tersebut (reach out and grab).

Buat masa ini, pihak Apple menyediakan perkhidmatan iCloud dengan storan percuma sebanyak 5GB kepada pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda memerlukan ruang storan yang lebih besar, anda boleh melanggannya melalui Apple dengan yuran tahunan sebanyak USD20 (10GB), USD40 (20GB) dan USD100 (50GB).
iCloud adalah lebih daripada sekadar cakera keras (hard disk) . Ini kerana, selain berperanan sebagai storan penyimpanan data, ianya mempunyai banyak lagi fungsi sepertiiTunes in the Cloud, Find My Phone, Photo Stream, Book Progress, dan Wireless Backup yang akan dikongsi bersama pembaca dalam entry seterusnya.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan