Macbook Repair - Mecnote: WINDOWS 10 DARK MODE – BANTU KURANGKAN MATA DAN OTAK JADI LESU SELEPAS MEMANDANG SKRIN KOMPUTER TERLALU LAMA

Cari Model Mac

Rabu, 27 Disember 2017

WINDOWS 10 DARK MODE – BANTU KURANGKAN MATA DAN OTAK JADI LESU SELEPAS MEMANDANG SKRIN KOMPUTER TERLALU LAMA

WINDOWS 10 DARK MODE – BANTU KURANGKAN MATA DAN OTAK JADI LESU SELEPAS MEMANDANG SKRIN KOMPUTER TERLALU LAMA




Dengan umur yang semakin meningkat dan beban kerja yang semakin bertambah, mata dan otak saya mudah jadi lesu selepas memandang skrin komputer dalam tempoh yang lama. Salah satu cara untuk saya elakkan mata dan otak mudah jadi lesu ialah dengan menggunakan IPS panel di kedua-dua laptop dan PC monitor. Selain itu, saya juga menggunakan “Dark Mode” di dalam Windows 10, Mac OS dan juga pelbagai aplikasi di PC, iPhone dan Android saya.
Dark Mode juga dikenali sebagai Night Mode, Night Theme dan sebagainya. Dalam artikel kali ini, saya kongsikan bagaimana menggunakan Dark Mode di komputer Windows 10 dahulu.

WINDOWS 10 DARK MODE

Untuk menggunakan Dark Mode di Windows 10 cukup mudah, masuk Settings > Personalization > Color > Choose your default app mode > Dark.
Kebanyakan aplikasi asal Windows 10 seperti Mail, Calendar, Calculator, Weather akan berubah ke tema warna Dark selepas ini.
Kebanyakan software yang saya guna adalah menggunakan tema warna gelap jadi saya rasa kurang ‘sakit mata’ bila beralih ke satu-satu software. Contohnya seperti Adobe Lightroom, Photoshop, Premiere Pro, Capture One Pro, Tweeten, Telegram, Visual Studio Code, Steam dan banyak lagi.
Menggunakan Dark Mode juga memudahkan saya bekerja waktu pagi atau malam dan juga dalam gelap atau terang. Dan paling penting, saya berjaya atasi masalah mata dan otak jadi lesu akibat memandang skrin komputer pada waktu lama.
Jika anda belum mencuba Dark Mode, saya sarankan cuba dulu, kalau tidak sesuai anda boleh tukar balik kepada asal dengan mudah dan cepat. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda sekiranya bermanfaat !



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan