Macbook Repair - Mecnote: 8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

Cari Model Mac

Khamis, 28 Disember 2017

8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda


8 tips adalah diantara 8 cara yang mudah dan sesuai untuk semua pengguna tidak kira beginner atau yang dah pro dalam dunia arena perkomputeran. Dibawah anda boleh melihat tips yang kami berikan itu.



1. Uninstall Software Sampah



Orait, selalunya apabila kita membeli Laptop/PC baru tidak kira apa jua brand, selalunya manufacture akan includekan skali software preinstall kedalam peranti tersebut.



Walaupun terdapat sesetengah software itu berguna dan bermanfaat untuk kita namun terdapat juga software yang diinstall tidak penting untuk kita dan boleh melambatkan kembali operating system untuk beroperasi.



Solusinya adalah dengan menuninstallkan software yang tidak penting tersebut dengan menggunakan windows unistaller yang disediakan oleh windows sendiri atau menggunakan third party software seperti Revo Uninstaller yang berfungsi membuang segala software yang tidak diperlukan dan memberatkan windows itu sendiri.




2. Kawal StartUp Operating System


Haa, yang nieh diantara yang penting juga sekiranya inginkan windows berfungsi sepantas mungkin sebaik power button ditekan.


Startup nieh penting bagi windows kerana semua software yang penting untuk mengerakkan windows perlu beroperasi sebaik windows berfungsi. Sekiranya startup tidak berfungsi, kegagalan untuk windows untuk berfungsi adalah tinggi.



Namun, seiring dengan masa, kita secara tidak sengaja menginstall software-software lain yang juga secara sembunyi menggunakan kelebihan startup untuk kegunaan software itu sendiri. Sebagai contoh adobe acrobat, apple itunes, menggunakan fungsi startup untuk memastikan software berfungsi pantas. Ini menyebabkan windows terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses startup yang tidak perlu.



Laptop admin dulu sampai setengah jam kena biarkan on nak bagi dia load semua startup baru boleh guna, tidak kalau dok kacau alamatnya sistem crash la jawabnya. haha



8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

3. Tutup Windows Aero Pada Operating System



Nah ini penyelesaian yang berkesan juga. Windows Aero ini adalah animation yang membuatkan windows kelihatan menarik untuk digunakan akibat effect-effect yang memukau dimata tetapi ia didatangkan dengan kesan pada performance peranti.



Bagi peranti yang mempunyai kuasa yang kurang, Windows Aero ini secara tidak langsung dapat menganggu prestasi peranti itu sendiri kerana Windows Aero menambah beban kepada windows untuk memproses data.



Kepada pengguna yang mementingkan prestasi sehabis baik, ini mungkin diantara penyelesaian yang terbaik untuk anda.



Tapi, windows interface jadi seperti windows 95, 98 dimana memang nampak old school habeh. Peduli apa janji performance tiptop. gitteeww.



8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

4. Scan Virus Secara Berkala



Virus dengan Laptop/PC berpisah tiada. Seiring dengan kemajuan Laptop/PC, virus pun semakin maju didepan.



Sejarah virus agak lama dan hampir selari dengan kewujudan Laptop/PC itu sendiri. Virus ini dihasilkan secara tidak sengaja atau disengajakan oleh developer. Dan mostly virus ini bersifat jahat dimana ia akan cuba take over sistem Laptop/PC untuk kegunaan mereka sendiri.



Walaupun akan kegerunan mendengar bahayanya virus, namun jangan bimbang. Dimana orang jahat berada, pasti ada orang baik ada disitu untuk menyelamatkan keadaan. Penggunaan Anti VIrus pada zaman sekarang dikatakan menjadi suatu keperluan dan kegagalan memasang Anti Virus boleh menyebabkan sistem mudah terdedah kepada Virus akibat kebanyak peranti bersambung terus dengan internet.



Jadi, pastikan sentiasa scan Laptop/PC anda selalu dan jangan lupa mengupdate database Anti Virus selalu. Ini kerana, Virus sentiasa evolve dan Anti Virus juga perlu evolve seiring bagi membasmi Virus yang semakin degil dan nakal dari hari ke hari.



So gais, basmi Virus sepantas dan setuntas mungkin.



8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

5. Bersihkan Hardisk (Disk CleanUp)



Yang nieh, seperti yang diperkatakan, nampak mudah bukan, cari data-data sampah dan delete untuk menambah ruang dan kelegaan hardisk.



Tapi



Bagaimana kalau nak buang sampah yang berada di dalam Local Disk C / Windows Partition ? Susah bukan, silap delete alamatnya sistem crash la cik oi.



So, jangan bimabang ada solutionnya, bagi windows didatangkan skali dengan DISK CLEANUP dimana ia akan membuang data-data sampah secara selamat. Prosesnya juga tidak susah dan boleh digunakan oleh semua pengguna.



Disk cleanup ini penting kerana ia akan menambahkan prestasi peranti dan mengurangkan masa windows untuk memproses data.



Sekiranya, laptop/PC anda sering update, kemungkinan data sampah adalah banyak dan boleh menggunakan disk cleanup ini membuang sampah-sampah tersebut.




6. Defrag Hardisk



Ya, defrag hardisk merupakan diantara cara yang mudah dan sering digembar-gemburkan oleh kedai PC.



Defrag ini sebagai analogi ibarat library yang mengandungi buku-buku. Buku-buku yang tidak dilabel dan disusun secara tidak sistematik menyebabkan para pengguna sukar untuk mendapatkan buku pilihan dengan cepat dan menyebabkan pembaziran masa berlaku di situ. Jadinya dengan labeling dan susunan buku secara teratur menyebabkan proses carian menjadi lebih pantas dan efisyen. Konsep ini boleh diapplykan pada fungsi defrag.



So, rajinkan diri untuk defrag hardisk anda ya.



Owh ya, untuk SSD pulak rajinkan trim SSD anda untuk prestasi yang lebih mantap.



8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

7. Upgrade Hardware



Yang nieh sesuai kepada sesiapa yang mempunyai kewangan yang stabil dan diantara cara yang mudah untuk meningkatkan prestasi Laptop/PC secara cepat.



Bagi laptop, boleh consider untuk menambahkan RAM, tukar SSD. Untuk laptop selalunya upgrade agak sukar kerana kebanyakan hardware diffused skali menjadi satu board dan seandainya prestasi masih belum memuaskan boleh consider untuk menukar kepada laptop yang baru.



Bagi PC, proses upgrade adalah sangat senang dan keupayaan untuk upgrade adalah sangat tinggi. Ini kerana, kebanyakan hardware bersifat modular dan boleh ditukar-tukar komponen sesuka hati tanpa perlukan overhaul secara total.



PC ada yang mencecah sampah RM20K, dan ofkos performance dia luar biasa tapi bersiap-sedialah menangis mengeluarkan wang. Tapi yakinlah pelaburan anda ini tidak sesekali merugikan anda dan anda boleh main GTA V dengan penuh bergaya. Semua setting ultra. hihi



8 Tips Untuk Lajukan PC Atau Laptop Anda

8. Format Windows



Yang ini untuk tahap windows dah tak boleh buat apa-apa dah. Semua kaedah sudah dicuba dan masih tak laju-laju windows. Anda boleh consider untuk format semula windows. Format windows menyebabkan peranti anda kembali ringan dari tanggungan dosa lampau. eh ?



Kenapa format windows menyebabkan Laptop/PC jadi ringan dan laju ?



Format windows nieh akan reset semula sistem kepada default setting dan semua data akan hilang. So, kepada yang nak format kena sediakan backup sebelum format ya.



credit to topi works



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan