Macbook Repair - Mecnote: REPAIR MOTHERBOARD LAPTOP/MACBOOK/IMAC

Cari Model Mac

Isnin, 4 Disember 2017

REPAIR MOTHERBOARD LAPTOP/MACBOOK/IMAC

Image result for motherboard

Dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan sebuah komponen yang paling mahal untuk ditukar,

Biasanya harga sesebuah motherboard berdasarkan model adalah antara RM600 ke RM1000

Itu adalah harga motherboard baru, bila fikir balik, baik beli sebuah laptop baru!

Dan kami nasihatkan di sini jangan sesekali membeli motherboard yang refurbished atau 2nd hand kerana masalah pasti akan datang lagi.

Biasanya sesebuah motherboard rosak selain dari kerana tertumpah air, sebab yang selalu terjadi adalah kerana overheat, sistem penyejukan motherboard tidak efisien lalu melingkupkan motherboard. ( Bayangkan Enjin yang radiatornya takda air, kan lingkup kereta tu kalau terus pakai je), So kalau dah dapat masalah camni, baik terus hantar servis kat kedai komputer terdekat anda untuk bersihkan kipas anda yang berhabuk

Macam mana nak tahu rosak motherboard?

Nak tahu apa tanda motherboard awak dah rosak?

    1) Kalau laptop on, tapi takda display kat screen ini adalah salah satu tandanya

    2) Tekan button ON banyak kali sampai lenguh tangan pun laptop tak ON

    3) Masuk adapter tapi power indicator tak keluar

    4) Auto shutdown, auto restart

    5) Datang kedai kami dan kami cek untuk anda, kami kan professional

Apa yang biasanya rosak kat motherboard tu

Biasanya motherboard yang rosak ini adalah kerana chipsetnya. Apakah chipset? 

Chipset ini adalah umpama 

jantung sesebuah laptop/ komputer. Ada cara yang mudah untuk membaiki chipset 

ini seperti 'solder balik' atau 'reheat' chipset yang rosak tersebut. Cara ini memang berkesan tetapi haruslah 

diingat motherboard anda pasti akan rosak kembali! Ini saya jamin! 

Kerana secara tak langsung, membaiki sebegini umpama buat pembedahan 'bypass' kat jantung!

Apakah cara yang terbaik repair motherboard?

Cara yang terbaik repair motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan