Jika
anda seorang yang sering memuat-turun media, ataupun seorang pereka/jurugambar
yang banyak bekerja dengan media digital, anda pasti tergerak mahu
membeli external hard disk untuk kegunaan di tempat kerja dan
di rumah.
External
hard disk ini
sangat berguna jika anda sering menggunakan komputer riba, dan bertugas di luar
pejabat. Bukan sahaja anda dapat menggunakan storan tersebut pada mana-mana
komputer, tetapi anda juga boleh mengurangkan beban data pada komputer anda
sendiri.
Teknologi
storan kini sudah berkembang dengan pesat, dan anda mempunyai pilihan yang agak
banyak sekiranya ingin membeli sebarang external hard disk ini.
Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa perkara yang anda perlu ambil
perhatian sebelum membeli perkakasan tersebut.
Rekabentuk
Dan Saiz Storan
10
tahun dahulu, jika anda ingin membeli sebuah external hard disk,
anda akan perlu membeli dua benda : cangkerang cakera keras, dan kerangka
luaran yang anda akan gunakan sebagai peranti storan. Ini adalah kerana pada waktu
tersebut, cakera keras yang kecil hanya mempunyai jumlah storan yang sangat
kecil berbanding cakera keras yang besar, dan harganya sangat tidak berbaloi.
Hari
ini, external hard disk yang kecil mampu menampung jumlah
storan yang cukup besar. Bergantung kepada keperluan anda, anda boleh memilih
saiz storan yang berbeza. Pada pendapat kami, harga storan digital kini sudah
cukup murah untuk anda abaikan sahaja apa-apa external hard disk yang
hanya mempunyai jumlah storan yang lebih rendah daripada 512GB.
Dengan
harga sekitar RM500, anda boleh membeli external hard diskyang
mempunyai storan sebanyak 2TB, dan jumlah storan ini adalah cukup untuk
menampung semua fail muat-turun ataupun fail kerja anda buat suatu jangkamasa
yang agak lama.
Tips :
Beli external hard disk dengan storan lebih daripada 512GB.
Saiz 2TB adalah memadai untuk pengguna biasa yang jarang berurusan dengan fail
seperti video 4K dan sebagainya.
USB
3.0/Thunderbolt
Dengan
jumlah storan yang besar, anda juga perlu mengambil kira tentang kelajuan
pemindahan fail daripada komputer anda kepada external hard disk tersebut.
Sambungan USB 2.0 telah menjadi piawaian biasa untuk sekian lama. Tetapi dengan
saiz storan yang lebih besar, anda kini perlu mula fikir untuk mendapatkan
sambungan yang membenarkan anda memindah fail yang besar dengan lebih laju dan
stabil.
Sambungan
USB 3.0 merupakan piawaian yang agak popular sekarang dan digunakan pada
pelbagai external hard-disk masa kini. Ini berlaku kerana
beberapa sebab yang agak mudah. USB 3.0 kini merupakan sambungan pilihan bagi
banyak pembuat papan induk untuk komputer dan juga komputer riba. Sambungan USB
3.0 (640MB/s) ini juga merupakan sambungan yang berkali ganda lebih laju
daripada USB 2.0 (~60MB/s), disamping mampu memberikan peranti storan tersebut
kuasa yang lebih. Jadi anda hanya perlu menggunakan satu port USB untuk
menguasakannya, tidak seperti USB 2.0 yang mungkin memerlukan kuasa yang lebih
dari satu port USB.
Satu
lagi piawaian baru yang sedang meningkat dari segi penggunaannya ialah
Thunderbolt 3.0 – menggunakan port fizikal USB 3.1 Type-C. Sambungan ini
mempunyai kelajuan pemindahan fail yang terpantas setakat ini pada kadar
4.0GB/s. Penggunaan port USB 3.1 Type-C ini juga bukan sahaja membolehkan
pengguna mengecas peranti pintar dengan lebih laju.
Buat
masa ini, terdapat beberapa pembuat komputer riba yang menyokong teknologi
sambungan ini, seperti Apple, Dell, HP dan Acer, akan tetapi penularan peranti
storan yang mampu menyokong teknologi ini masih tidak begitu pesat.
Tips :
Beli external hard disk mengikut sambungan pada komputer riba
atau komputer anda. Kebiasaanya, USB 3.0 akan menggunakan warna biru pada port
mereka berbanding USB 2.0 yang hitam. Sekiranya anda menggunakan komputer
terkini dengan sokongan Thunderbolt, mungkin anda boleh mendapatkan external
hard disk dengan sokongan tersebut.
Sokongan
Sistem Fail
Sebelum
ini, banyak pengeluar external hard disk memisahkan
produk-produk mereka. Ini kerana Windows menggunakan format NTFS (New
Technology File System) dan FAT32 (File Allocation Table), manakala macOS pula
menggunakan format HFS dan HFS Plus (Hierarchichal File System)..
Pada
masa dahulu, ini adalah salah satu masalah terbesar apabila menggunakan atau
membeli external hard disk. Hari ini anda tidak perlu terlalu risau
mengenai perkara ini kerana sistem-sistem operasi moden, termasuklah Windows 7,
8, 10, MacOSX dan juga Linux semuanya boleh membaca format exFAT.
Kami
boleh menerangkan secara mendalam kenapa sistem fail exFAT patut menjadi
pilihan anda sewaktu anda mengformat external hard diskanda, tetapi
secara pokoknya, exFAT merupakan sistem fail yang cukup ringkas, menyokong
semua sistem operasi moden, dan tidak mempunyai had saiz sesuatu fail pada 4GB
yang dihadapi FAT32.
Jika
anda membeli sebuah external hard drive, anda boleh bertanya kepada orang kedai
tentang sistem fail yang digunakan oleh external hard disk pilihan
anda. Kebiasaannya, jika anda membeli peranti storan untuk MacOS, ia akan sedia
dilengkapi dengan sistem fail exFAT, tetapi jika ianya dikhususkan untuk system
operasi Windows, ada kemungkinan ia akan hadir dengan sistem fail NTFS.
Tips :
Semak sistem fail yang disokong oleh external hard-disk anda. Kalau
boleh, pastikan ia menggunakan sistem exFAT.
Pilihan
Ciri-Ciri Khusus
Untuk
kekal relevan di arena teknologi hari ini, pengeluar hard disk kini
membuat produk mereka dengan pelbagai ciri-ciri baru yang kita tidak tahu pun
kita mahukan pada external hard disk atau tidak.
Salah
satu daripada ciri-ciri istimewa yang gemar digunakan pada external
hard disk ini ialah ciri tahan lasak. Jika anda jenis yang selalu
jatuhkan peranti dari atas meja, anda mungkin boleh cuba mencari external
hard disk dengan ciri ini.
Satu
lagi ciri baru yang semakin popular dengan pembuat-pembuat external
hard disk kini ialah sambungan WiFi, yang membenarkan
anda menyambung external hard disk anda kepada komputer riba
anda tanpa perlu menggunakan sebarang wayar.
Cara
kebanyakan jenama melakukan sambungan WiFi ini adalah sama ada melalui memasang
WiFi AP pada external hard drive tersebut, ataupun menggunakan teknologi
Bluetooth. Kelajuan pemindahan fail menggunakan sambungan WiFi ini tidaklah
selaju dan stabil seperti sambungan USB, tetapi jika anda mempunyai jumlah port
USB yang sangat sedikit, seperti pada peranti komputer-tablet, ia dapat sedikit
sebanyak meringankan beban daripada perlu membawa dongle USB
yang memberatkan beg.
Jika
anda seorang jurugambar, anda pasti ingin memindahkan gambar-gambar anda dari
kad SD anda kepada peranti storan dengan pantas. Kini, jenama-jenama seperti
Western Digital ada penyelesaian untuk anda, kerana beberapa model external
hard disk mereka mempunyai slot untuk kad SD, yang membolehkan
pengguna memindahkan fail daripada kad tersebut kepada external hard
disk secara automatik, tanpa perlu menggunakan komputer.
Tips :
Kebiasaannya fungsi tambahan ini hadir dengan harga tambahan. Pastikan anda
memerlukan ciri ini kerana versi biasa tanpanya selalunya dijual pada harga
yang lebih rendah.
Keselamatan
Fail
Keselamatan fail merupakan sesuatu yang sepatutnya menjadi faktor utama sewaktu seseorang itu bercadang untuk membeli sebuah external hard diskataupun sebuah pemacu USB. Malangnya, ramai orang tidak begitu mementingkan keselamatan data mereka, maka aspek tersebut tidak difikir begitu penting buat mereka.
Sayang
sekali, jenama-jenama pembuat external hard disk ini juga
tidak selalunya hadir dengan perisian sekuriti yang mampu melindungi data anda
dari dicuri, jadi ada kemungkinan anda perlu melakukannya dengan sendiri.
Jika
anda mahukan solusi yang percuma, ada beberapa pilihan perisian sekuriti yang
anda boleh gunakan untuk memastikan data anda selamat. Jika anda menggunakan
sistem operasi Windows 7.1 Ultimate Edition, ataupun Windows 8.1 dan 10
Professional, anda boleh menggunakan perisian Bitlocker yang terbina di dalam
Windows untuk menyulitkan fail-fail anda. Jika tidak, ada juga perisian yang
percuma anda boleh gunakan perisian seperti VeraCrypt.
Keselamatan
fail sangat penting, dan ada kemungkinan bahawa external hard disk yang
anda beli tidak akan hadir dengan sebarang perisian keselamatan – sekaligus
membolehkan pencuri mengakses data anda dengan mudah. Jadi anda perlulah
membuat sedikit penyelidikan untuk memastikan keselamatan data anda bergantung
kepada apa yang ingin anda simpan pada peranti anda kelak.
SSD
Sebagai External?
Trend
terbaru di industri storan ialah menggunakan SSD sebagai sebuah external
drive – seperti mana mereka dahulunya menggunakan hard driveuntuk
komputer desktopsebagai storan luaran.
Kini,
syarikat seperti Transcend ada menjual cangkerang external untuk
SSD berukuran 2.5 inci yang membolehkan anda menggunakan SSD yang terbiar
sebagai sebuah external hard drive. Cangkerang ini juga menggunakan sambungan
USB 3.0 untuk memindahkan data, jadi anda masih mampu mendapatkan kelajuan yang
tidak terlalu jauh daripada kelajuan SATA III.
Jika
anda ingin membeli SSD yang dibina khusus untuk kegunaan sebagai external
drive, Transcend ESD400 mempunyai jumlah storan
sebesar 1TB, manakala Samsung pula mempunyai Samsung Portable SSD T3 dengan pilihan
saiz SSD sebesar 2TB, dan ini pastinya akan menjadi pilihan anda sekiranya anda
ingin sebuah peranti storan yang sangat pantas.
Tips :
Kelebihan menggunakan SSD berbanding storan traditional seperti HDD ialah SSD
tidak mempunyai komponen mekanikal yang bergerak, jadi jika ia jatuh, sebuah
SSD mempunyai kebarangkalian untuk rosak yang lebih rendah berbanding dengan
HDD
Diharap
artikel ini dapat sedikit sebanyak memberikan anda gambaran tentang
perkara-perkara yang anda boleh titik-beratkan sebelum membeli sebuah
peranti external hard disk.
sumber : AMANZ.MY
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan