Macbook Repair - Mecnote: HP EliteBook x360 G2 Review

Cari Model Mac

Jumaat, 15 Disember 2017

HP EliteBook x360 G2 Review

HP EliteBook x360 G2 Review



HP EliteBook merupakan laptop untuk business dan melakukan kerja-kerja pejabat, dan EliteBook x360 G2 mungkin adalah yang paling menarik untuk produk HP EliteBook masa kini.
Dengan engsel yang fleksibel, casis logam, mempunyai ciri keselamatan, membuatkan laptop ini sangat menarik.

SPESIFIKASI
·         Dual-core 2.6-3.5GHz Intel Core i5-7300U (Core i7 available)
·         1.29kg
·         16GB RAM
·         13.3-inch IPS (UHD or FHD) touchscreen with optional privacy filter
·         Intel HD Graphics 620
·         Optional stylus
·         Infrared camera and fingerprint scanner
·         256GB M.2 SATA SSD (M.2 NVMe up to 512GB available)
·         1x ThunderBolt 3/USB-C, 2x USB 3.1 Type-A, microSD, 3.5mm headset, Smart card, optional SIM slot, HDMI

DESIGN
EliteBook x360 adalah salah satu laptop yang paling menarik dalam senarai HP dan pastinya lebih mudah dilihat daripada rangkaian Latitude Dell dan ThinkPad Lenovo. Aluminium perak dan rekaan yang kemas, casis hadapan yang nipis. Ia juga sangat ringan.
Datang dengan dua port USB Type-A “SuperSpeed” USB, ThunderBolt 3 / Port USB-C, port HDMI 1.4, headset jack dan slot microSD card. Terdapat pilihan untuk slot SIM card dan juga smart card reader.
Mempunyai engsel yang sangat kukuh dan fleksibel yang membolehkan anda untuk mengerakkan skrin tersebut 360 darjah.

KEYBOARD, TOUCHPAD & STYLUS
Keyboard untuk laptop ini mempunyai backlit memudahkan untuk menaip dalam keadaan yang kurang cahaya dan mempunyai tindak balas yang positif dan responsif ketika anda sedang menaip.
Terdapat lampu penunjuk sekiranya Caps Lock, Num Lock dan Airplane, Mic Mute menyala. Terdapat juga butang khusus untukSkype Business, yang membolehkan anda berkongsi skrin anda, meletakkan dan menjawab panggilan. Ini tidak berfungsi dengan Skype biasa.
Terdapat juga butang khusus untuk memaparkan kalendar Outlook anda, yang merupakan sentuhan yang bagus untuk laptop tersebut.
Touchpad yang digunakan adalah Microsoft Precision-certified, yang bermaksud ia berfungsi dengan lancar dengan semua gerak isyarat yang anda inginkan, termasuk fungsi untuk zoom, menggunakan dua jari untuk scrolling dan tiga jari untuk windows management.

Stylus HP EliteBook x360 G2 menggunakan teknologi Wacom, terbaik untuk business. Ia juga berfungsi dengan Windows Ink, jadi semua ciri tambahan yang boleh anda dapati pada Windows 10 Anniversary dan Creator update berfungsi dengan sempurna
Pen ini dilengkapi dengan empat bateri AAAA, yang perlu bertahan selama berbulan-bulan. Ia sesuai untuk mengambil nota dalam OneNote dan Sticky Notes, serta melukis dalam aplikasi grafik pilihan anda.

AUDIO & WEBCAM
Direka untuk mereka yang suka menggunakan video conference calls, tetapi webcam tidak begitu baik. Sekurang-kurangnya mikrofon yang digunakan cukup baik. Speaker juga berfungsi dengan baik, audio yang di hasilkan sangat baik, walaupun anda streaming video dan sebagainya.

SCREEN
Menggunakan 13.3 inci Full HD IPS panel yang sangat baik. Warna yang di paparkan kelihatan menarik dan cerah. Skrin yang digunakan tidak terlalu cerah, jadi tidaklah anda nampak silau semasa melihat paparan pada skrin tersebut.

PERFORMANCE
HP EliteBook x360 G2 dilengkapi dengan processor Intel Core i5-7300U dual-core dan 8GB memori DDR4i5-7300Umempunyai kelajuan base clock2.6GHz dan akan meningkatkan ke 3.5GHz. Ia juga amat sesuai digunakan untuk photo dan Full HD video editing.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan