Macbook Repair - Mecnote: Cara Mudah Untuk Set Up Bluetooth Windows 10

Cari Model Mac

Jumaat, 15 Disember 2017

Cara Mudah Untuk Set Up Bluetooth Windows 10

Cara Mudah Untuk Set Up Bluetooth Windows 10




Bluetooth bukan lagi teknologi khusus untuk mereka yang celik IT mahupun peminat gadget. Zaman sekarang sudah ada banyak gadget yang menggunakan teknologi ini seperti telefon pintar radio kareta anda dan sebagainya.
Enable Bluetooth di windows 10 adalah sangat berguna berbanding sebelumnya. Operating system ini menawarkan ciri-ciri asli yang bergantung pada teknologi masa kini. Selain itu anda dapat menjimatkan masa dengan pairing peranti anda untuk meningkatkan produktiviti.

CARA UNTUK ENABLE BLUETOOH
Sebelum kita masuk ke butiran pairing peranti dengan Windows anda, anda perlu tahu bagaimana untuk menghidupkan Bluetooth pada Windows.
Anda mempunyai dua pilihan yang tersedia. Keduanya akan menjadikan komputer anda “discoverable“.
·         Action Center menu, klik pada ikon kotak text di sebelah kanan taskbar, kemudian klik pada butang bluetooth, jika ia bertukar ke warna biru, bluetooth sudah aktif.
Setting Menu, Pergi ke Start > klik Settings > klik Devices > klik Bluetooth and other devices. Di bahagian atas penel sebelah kanan, slide toggle bluetooth ke kedudukan aktif/on.
Kaedah mana yang anda gunakan, anda akan melihat ikon Bluetooth dalam Taskbar sebaik sahaja ia berjaya diaktifkan

CARA UNTUK ENABLE PERANTI BLUETOOTH ANDA
·         ANDROID
Jika anda mempunyai peranti Android, biasanya anda akan dapat menghidupkannya dengan menggunakan shortcut dalamnotification bar.
Jika anda tidak melihat shortcut tersebut, anda boleh menavigasi ke Settings Wireless and Network > Bluetooth dan slide toggle tersebut.
·         IOS
Jika anda mempunyai peranti iOS, anda boleh menghidupkan Bluetooth menggunakan Control Center atau Setting app.
Untuk akses Control Center, swipe ke atas dari bahagian bawah skrin pada bila-bila masa. Anda tidak perlu melihat skrin utama anda. Cukup dengan menekan ikon Bluetooth untuk aktifkannya.
Untuk akses Setting Apps, Navigasi ke Settings > Bluetooth dan slide toggle ke dalam kedudukan Aktif.

PAIRING PERANTI BLUETOOTH WINDOWS 10
Sebaik sahaja anda berjaya menghidupkan Bluetooth pada Windows anda dan peranti anda, anda perlu pair kedua-dua peranti itu.
Anda hanya perlu menjalankan prosedur pairing pada salah satu daripada kedua-dua peranti tersebut.
Untuk pair dua peranti pada Windows, pergi ke Starts Settings Devices Bluetooth and other devices. Di panel sebelah kanan windows, klik Add Bluetooth and other devices.

Klik pada Bluetooth. Pilihan ini membolehkan anda pair mouse, pens, keyboard dan banyak lagi.

Sistem ini akan mengimbas mana-mana peranti yang ada di sekitar anda dan menyenaraikan sebarang peranti yang ditemui. Proses ini boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk diselesaikan.

Untuk connect ke peranti, klik pada namanya. Seperti contoh ini, pair ke MacBook Pro.

Bergantung pada peranti yang anda cuba pair, anda mungkin perlu melakukan langkah terakhir. Ini masukan atau verify kod PIN untuk membenarkan akses Bluetooth pada peranti luaran.
Sebaik sahaja anda telah berjaya pair peranti anda, anda akan melihatnya disenaraikan di bawah halaman Bluetooth settings sama ada pada mouse, keyboard, pen atau peranti yang lain.






Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan