Macbook Repair - Mecnote: Cara Mudah Untuk Elak Laptop Dari Virus

Cari Model Mac

Ahad, 3 Disember 2017

Cara Mudah Untuk Elak Laptop Dari Virus

Image result for virus computer
1. BERHATI DENGAN FAKE DOWNLOAD BUTTON
Benda seperti ini boleh muncul dimana-mana, biasanya anda selalu jumpa benda macam ini di download sites. Sama ada di website yang dipercayai atau tidak, akan dijamin terdapat butang download untuk ditekan tapi bukan pada benda yang ingin anda klik.
Hasilnya, boleh jadi anda muat turun sesuatu yang tidak diingini, mungkin malware, ataupun perisian yang tidak bagus. Sebagai contoh anda mahu download software, tetapi masa klik download keluar pop-up seperti gambar dibawah.
Lihat pada gambar di atas anda boleh tahu ini adalah satu helah yang kotor/scam.
Anda boleh mengalahkan penipuan seperti ini. Tetapi perlu berhati-hati semasa anda ingin klik butang pada notifikasi di atas. Fikir dahulu sebelum anda melakukan apa-apa dan pertimbangkan perkara-perkara berikut.
  • Pernahkah anda menggunakan website tersebut?
  • Anda percaya website tersebut?
  • Sudahkah anda periksa status bar browser untuk mengesahkan destinasi link tersebut?
  • Adakah butang teks dan font untuk website itu sama?
Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang mana-mana soalan di atas ini, maka anda perlu mengelak daripada websitetersebut. Scammers boleh menggunakan macam-macam helah supaya anda melakukan kesilapan. Jadi ambil masa untuk berfikir dan percaya naluri anda.
Jika anda masih ada keraguan berkenaan dengan website tersebut. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menggunakan Norton safe web. Masukan name website tersebut pada Norton safe web dan enter kalau OK akan keluar paparan seperti ini.
2. GUNA SECURE BROWSER
Browser yang lama seperti internet explorer sekarang tidak cukup baik untuk zaman sekarang. Kalau anda fikir betul-betul, browser versi lama boleh dianggap tidak selamat. Aplikasi seperti ini perlu kerap dikemas kini oleh developer kerana banyak sebab, kebanyakannya untuk mengekalkan dan meningkatkat tahap keselamatan.
Online shopping, online banking, social networking, semua ini mempunyai risiko, dimana ada kemungkinan kata laluan, matlumat peribadi digodam oleh penggodam.



Pastikan browser yang digunakan up-to-date­, jangan lupa untuk lihat nama website tersebut betul, jika mencurigakan padam terus. Lagi satu kebanyakan internet security software yang ada di luar sana mempunyai secure browser mereka sendiri.
Tidak digalak anda menggunakan internet explorer untuk masuk website yang seperti ini. Gunakan browser seperti chrome,Mozilla or Microsoft edge dan sebagainya.
Anda tidak sepatutnya menggunakan internet explorer kerana browser tersebut ada masalah dah Microsoft sendiri telah meningalkan software tersebut. Banyak penggodam mensasarkan merekan yang menggunakan browser tersebut.
Jadi pilih browser lebih selamat, pantas, mudah digunakan, untuk keselamatan anda.
3. ABAIKAN IKLAN POP-UP BERTEMAKAN KESELAMATAN (SECURITY)
Ini boleh mengelirukan dan sukar untuk dikesan, pop-up iklan seperti ini boleh muncul pada skrin anda, walaupun anda menggunakan perisian antivirus pada komputer tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah, pop-up seperti ini berlaku walaupun menggunakan antivirus yang berbayar,
Jika keluar pop-up seperti ini, apa yang boleh anda lakukan ialah:
  • Abaikan iklan seperti ini
  • Padam terus browser tab anda
Untuk makluman anda jika keluar iklan security yang bukan dari perisian anda terus abaikannya. Contoh anda ada antivirus ada butang scan dan anda tidak tekan langsung? Terus abaikan.
Perkara yang buruk akan berlaku pada komputer anda, sekiranya komputer tersebut tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan besar untuk dijangkiti virus lebih tinggi.
4. ELAK DARI MENGGUNAKAN PUBLIC TORRENT
Anda mungkin tidak sedar, terdapat dua jenis torrent sites iaitu public dan private. Kedua-dua boleh di akses dari browseryang anda gunakan, kedua-duanya memerlukan anda untuk membuat akaun dan menguruskannya sendiri.

sumber :frlaptopservice

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan