Macbook Repair - Mecnote: Cara Mudah Disable OneDrive Windows 10

Cari Model Mac

Isnin, 18 Disember 2017

Cara Mudah Disable OneDrive Windows 10

Cara Mudah Disable OneDrive Windows 10


Adakah anda benar-benar menggunakan Microsoft OneDrive, atau berasa rimas setiap kali pop-up meminta anda untuk complete setup? Walaupun OneDrive adalah penyelesaian untuk cloud storage, anda mungkin mahu membuangnya jika anda sudah menggunakan Dropbox, Google Drive, dan sebagainya.
OneDrive disatukan ke dalam Windows 10 dan tidak datang secara berasingan, tetapi ia masih selamat untuk dilumpuhkan (disable). Dari yang paling mudah kepada kaedah yang paling kompleks, yang akan ditunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuang OneDrive supaya ia tidak mengganggu anda lagi.
WINDOWS 10 CREATOR UPDATE
Update pada Windows 10 membawa banyak penambahbaikan. Ada berita baik untuk sesiapa sahaja yang membenci aplikasi OneDrive. Dalam Creator update, anda boleh membuang OneDrive dari sistem anda.
Percaya atau tidak, Microsoft kini membolehkan anda membuang OneDrive dengan uninstall ia seperti mana-mana aplikasi lain. Taip Apps dalam Start Menu untuk membuka tetingkap Apps & features > Cari OneDrive dalam senarai > kemudian klik pada entri apps tersebut dan tekan butang uninstall.
Ini akan membuang apps tersebut dari sistem anda. cukup mudah bukan? Sekiranya belum update ke Creator lagi? anda boleh skip atau update ke creator
WINDOWS 10 PRO
Windows 10 creator update menjadikan ia mudah untuk membuang OneDrive, tetapi versi terdahulu Windows mempunyai kaedah lain melumpuhkan ia. Jika anda menggunakan edisi Pro Windows 10, anda boleh mengambil kesempatan daripada Group Policy untuk menutup OneDrive.
Tekan kekunci Windows + kekunci R untuk membuka RUN dialog > kemudian menaip gpedt.msc pada search bar dan klik enter untuk membuka Group Policy Editor.
Menavigasi ke Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Componen > OneDrive. Di sebelah kanan, anda akan melihat senarai tetapan yang anda boleh tweak. Klik dua kali pada Prevent the use of OneDrive untuk menyimpan fail dan mengubah dari tidak dikounfigurasikan untuk di Enabled. Klik OK untuk menyimpan perubahan, kemudian mulakan semula komputer anda untuk apply perubahan tersebut.
Sebaik sahaja anda telah melakukan ini, OneDrive pada asasnya hilang. Manakala ia adalah secara teknikal masih ada, tetapan ini akan menghalang OneDrive dari syncing, menyembunyikannya dari File Explorer, dan anda tidak boleh mengakses aplikasi OneDrive.
WINDOWS 10 HOME
Pada versi Home Windows, anda tidak mempunyai akses kepada Group Policy editor.
Cari ikon OneDrive (ia kelihatan seperti dua awan) di System Tray di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda. Jika anda tidak melihat ia, klik anak panah kecil untuk menunjukkan ikon tersembunyi. Kemudian, klik kanan ikon OneDrive dan pilih settings.
Jangan tanda setiap kotak pada General tab, kemudian pergi ke Auto save tab. Set option di sini dan uncheck kodak di bawah. Seterusnya, pergi ke tab Account dan klik Choose folder.
Klik kotak Sync all files and folder di dalam OneDrive dua kali untuk membersihkan segalanya dan klik OK. Ini membuang segala-galanya dalam OneDrive dari PC anda sambil menyimpan fail anda dengan selamat di cloud.
Sekarang, kembali ke Account tab dalam OneDrive settings. Klik Unlink this PC to remove your account from OneDrive dan tutup tetingkap yang pop-up, kerana anda tidak memerlukannya. Akhir sekali, buka File Explorer windows. Cari OneDrivepada kiri sidebar, dan right click untuk membuka properties.
Tandakan pada kotak Hidden Box pada General tab untuk mengelakkan ia daripada dipaparkan. Right click pada icon OneDrive dalam System Tray untuk kali terakhir dan klik exit.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan