Macbook Repair - Mecnote: Apple iMac Pro Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM20,999

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Apple iMac Pro Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM20,999

Apple iMac Pro Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM20,999


Apple Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran komputer berkuasa tinggi mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu iMac Pro. Komputer ini ditujukan untuk pengguna profesional, terutamanya dalam arena kreatif.

iMac Pro hadir dengan sokongan skrin 27-inci dengan paparan pada resolusi 5K, dilengkapi cip pemprosesan berkuasa tinggi Intel Xeon W, dan juga kad grafik Vega GPU. Melengkapkannya juga adalah memori 128GB ECC, storan 4TB SSD, serta dilengkapi 4 port Thunderbolt 3.
Menggunakannya, pengguna boleh melakukan pelbagai penyuntingan 3D, video 4K, video 360-darjah, dan melakukan pelbagai tugasan dengan pemprosesan tinggi.
Di Malaysia, iMac Pro ditawarkan pada harga bermula RM20,999 bermula daripada hari ini. Model versi asas ini hadir dengan Intel Xeon W 3.2Ghz, memori 32GB DDR4 ECC, 1TB SSD, Radeon Pro Vega 56 dengan 8GB HBM2, Magic Mouse 2, dan juga Magic Keyboard.
Daripada percubaan kami, iMac Pro yang menggunakan cip Intel Xeon W 2.3GHz 18-teras, memori 128GB DDR4 ECC, storan 4TB SSD, kad grafik Radeon Pro Vega 64 16GB HBM2, serta dilengkapi sokongan Magic Mouse 2 + Magic Trackpad 2 – termasuk penambahan VESA Mount Adapter Kit membawa harga RM59,717 di Malaysia.
Anda turut boleh memaksimakan lagi harganya dengan menambah Final Cut Pro X serta Logic Pro X – sekaligus membawa harga akhir sebanyak RM61,816. Apple menyenaraikan ia di Apple Store Malaysiadengan masa penghantaran mencapai 7 minggu.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan