Macbook Repair - Mecnote: Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Apple Watch Dengan Pengesan EKG Terbina

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Apple Watch Dengan Pengesan EKG Terbina

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Apple Watch Dengan Pengesan EKG Terbina

Hampir kesemua pengesan kesihatan di pasaran dilengkapi sistem imbasan nadi. Ini dilakukan dengan meletakkan sensor cahaya yang mengesan perubahan tekanan pada pembuluh dara. Tetapi bagi mendapatkan kadar degupan jantung yang tepat, sistem imbasan EKG diperlukan. Setakat ini hanya Apple Watch hanya mempunyai aksesori EKG terbina pada tali jam yang menerima kelulusan FDA. Ia walau bagaimanapun dihasilkan oleh pihak ketiga.
Menurut laporan Bloomberg, Apple sedang membangunkan sebuah Apple Watch dengan sistem imbasan EKG terbina. Apabila bingkai Apple Watch ini dipicit, ia akan menghantar denyutan elektrik ke dada pemakai. Ini akan membolehkan kadar degupan jantung yang tepat diambil. Ini membolehkan pengesanan serangan jantung dan strok pemakai.
Pengesanan awal kadar degupan jantung yang luar biasa dapat menyelamatkan nyawa pemakai sebelum serangan jantung atau strok berlaku. Ini sekaligus mampu membuatkan Apple Watch menjadi peranti boleh-pakai yang juga merangkap peranti boleh menyelamatkan nyawa pemakai di masa hadapan.
 AMAZ


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan