Macbook Repair - Mecnote: Alienware 17 R4 (2017)

Cari Model Mac

Rabu, 13 Disember 2017

Alienware 17 R4 (2017)

Alienware 17 R4 (2017)



Spesifikasi
·         Intel Core i7-7820HK processor
·         Nvidia GeForce GTX 1080 GPU 8GB
·         16GB Memory
·         512GB SSD
·         1TB SATA HDD
·         3” screen with 2560 x 1440 resolution
·         Killer 1435 802.11ac 2×2 WiFi and Bluetooth 4.1
Alienware masih lagi mengekalkan rekabentuk klasik, dan seakan-akan kapal angkasa, tetapi banyak yang berubah pada dalaman laptopnya. Alienware 17 R4 didatangkan dengan Proccesor Intel generasi ke-7 iaitu Kaby Lake, dan juga Nvidia GeForce GTX 1080 yang merupakan kad grafik kelas Desktop.

Rekabentuk
Sudah jadi kebiasaan untuk Alienware mengeluarkan laptop baru tetapi mengekalkan rekabentuk seperti kapal angkasa yang sudah menjadi trademark Alienware. Warnanya juga tidak begitu berubah. Tetapi ia sudah diubah suai dengan binaan aluminium dan juga plastik yang berkualiti tinggi. Ia juga mempunyai lampu yang boleh diubah suai mengikut pengguna.

Skrin dan Bunyi
Alienware 17 ini boleh dibeli dengan beberapa jenis skrin, daripada 1080p sehingga 4k. Sudah semestinya, skrin 4k akan memberikan display yang kemas dan terang, juga disebabkan teknologi Nvidia G-Sync.
Speaker pada Alienware 17 adalah mengecewakan, kerana apabila lagu dimainkan, suara penyanyi boleh didengar jelas tetapi, bunyi gitar dan juga drum kurang jelas, menjadikan kepuasan kurang dirasai. Tetapi untuk game, ianya tidak mempunyai sebarang masalah langsung.

Keyboard dan Touchpad
Keyboard pada Alienware 17 R4 adalah kemas dan juga selesa untuk digunakan. Tekanan butang juga cukup memuaskan, pengguna tidak perlu untuk menggunakan external keyboard.
Touchpadnya pula agak kecil pada saiz 3.5 x 2.2 inci. Namun begitu, swipe, click dan juga multi-finger gestures berfungsi dengan cukup baik.

Prestasi
Alienware 17 R4 menggabungkan spesifikasi yang padu, keyboard yang selesa, dan rekabentuk yang menarik. Dengan bateri pada laptop ini, anda boleh bertahan selama 8 jam dan 32 minit untuk penggunaan Chrome dan juga WiFi. Didatangkan dengan processor Intel generasi ke-7, GTX1080, 16GB RAM dan juga SSD menjadikan ia sebuah laptop yang sempurna untuk bermain Game dan ia juga mampu menggunakan software atau game VR.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan