Macbook Repair - Mecnote: 7 Punca Menyebabkan Bateri Laptop Rosak

Cari Model Mac

Rabu, 20 Disember 2017

7 Punca Menyebabkan Bateri Laptop Rosak

7 Punca Menyebabkan Bateri Laptop Rosak



Pernah tak anda berfikir atau tertanya-tanya macam mana bateri laptop yang anda gunakan boleh rosak? Baru je on laptop sejam dah tinggal 5% je kuasa bateri padahal tak main game pun, Cuma buat kerja-kerja office sahaja.
Charge bateri pun tak sampai sejam pun dah full. Masalah ini memang banyak berlaku kepada pengguna laptop di luar sana, kerana tidak didedahkan dengan isu seperti ini.
Kali ini saya nak kongsikan pada anda 7 punca menyebabkan bateri laptop rosak. Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop rosak. Mari lihat apakah punca yang menyebabkan bateri laptop rosak.
1. TIDAK MENGECAS BATERI BUAT PERTAMA KALI
Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .
Biasa kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam dangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.
2. TERLEBIH CAS (OVERCHARGING)
Punca nombor dua ni ramai diantara kita yang melakukannya. Biasanya bila charge dibiarkan je macam tu, padahal bateri dah full. Untuk kali cas kali kedua dan seterusnya bila cas sudah full cabut. Sebab bila charging bateri tu panas. Kepanasan boleh menyebabkan kerosakan pada laptop dan bateri.
Ini kerana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama untuk komponen-komponen laptop.
3. GUNA LAPTOP SAMBIL TENGAH CHARGING BATERI
Kalau boleh elakkan menggunakan laptop sambil anda sedang charge bateri laptop ini kerana bateri laptop mempunyai kitaran(cycle) tertentu. Semakin banyak kali anda charge bateri semakin berkurang kitaran (cycle) bateri tersebut.
Jadi saya cadangkan masa yang sesuai untuk charging adalah bila peratusan bateri anda bawah 10%. Ini kerana kalau anda charging bateri anda 50% ia akan dikira 1 cycle. Dan sebelum bateri laptop anda nak full, katakan 98% anda dah boleh cabut charger tersebut.
4. BATERI LAPTOP TERJATUH DAN TERHEMPAS
Ini juga boleh menjadi faktor. Di mana hentakan atau hempasan yang berlaku pada bateri itu berkemungkinan besar akan mempenggaruhi kondisi dan jangka hayat bateri tersebut ataupun rosak.
5. MENGGUNAKAN ATAU MEMBELI BATERI SECOND HAND
Dah nama pun secondhand, ini mesti reject awal-awal sebab anda tidak tahu kondisi bateri tu macam mana, kitaran bateri, jangka hayat dan ini semua tidak di ketahui.
6. TIDAK MEMBUKA BATERI SEMASA MENGUNAKAN LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG
Scenario yang diberikan dimana anda melakukan kerja dan mengambil masa lebih dari 4 jam sambil menggunakan bateri. Dinasihatkan supaya anda cabut bateri laptop itu sekiranya anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama dan menggunakan charger terus (direct current) lebih baik.
7. ELAK DARI PERMUKAAN FABRIK
Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal , selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan