Mecnote : 6 Tips Berkesan Tingkatkan Signal Wireless Router

Cari Model Mac

Wednesday, 20 December 2017

6 Tips Berkesan Tingkatkan Signal Wireless Router

6 Tips Berkesan Tingkatkan Signal Wireless Router
 
Mengapa liputan wi-fi rumah anda tidak stabil dan kadang-kadang ia meragam? Kawasan mati (dead spot) akan muncul secara rawak, kualiti sambungan boleh berbeza-beza sepanjang hari, dan seolah memberi gambaran seperti routermempunyai fikiran ia sendiri.
Akan ada banyak perkara yang akan bermain di fikiran anda, tetapi memang tidak dinafikan bahawa ramai orang mengalami masalah isyarat wi-fi yang kurang bermutu di kawasan rumah.
1. KEDUDUKAN FIZIKAL
Ramai orang terlepas pandang hakikat bahawa isyarat wireless boleh menjadi cerewet. Sebagai contoh meletakkan ia di sini boleh memberikan isyarat yang baik untuk bilik tertentu tetapi lemah kawasan bilik tidur anda, dengan meletakkan di tempat lain mungkin menyebabkan yang sebaliknya (oposite effect).
Sesuatu yang mudah seperti beralih kedudukan router boleh menjadi penyelesaian yang anda perlukan. Jarak sentiasa merupakan perkara yang paling penting, lagi jauh anda dari router, lebih lemah isyarat wireless. Tetapi terdapat beberapa aspek lain yang anda tidak sedar.
·         GANGUAN (INTERFERENCE)
Walaupun laptop atau tablet anda agak dekat dengan router, lain-lain alat elektronik berhampiran dan peranti (device) boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kualiti isyarat.
Berapa ramai daripada anda yang mempunyai router bersebelahan dengan TV, pc, telefon pintar, peranti wireless (wireless device)? Anda mungkin mahu membetulkan semula.
Anda juga perlu memeriksa line of sight antara router dan laptop anda. Alatan eloktronik seperti microwaves, peti sejuk, dan telefon talian tetap semua boleh menggurangkan kekuatan sambungan sekiranya ia berada di laluan isyarat.
·         TEMBOK
Ia adalah benar bahawa dalaman dinding boleh menggangu isyarat wi-fi. Walau bagaimanapun, jumlah gangguan bergantung kepada  material yang digunakan.
Hakikat utama yang perlu dipertimbangkan adalah kepadatan bahan. Konkrit yang kukuh adalah pumbunuh wi-fi, manakala kayu yang kurang menimbulkan masalah berbanding konkrit.
·         KETINGGIAN
Jika anda tinggal di rumah dua tingkat, sesuatu yang mudah seperti meletakkan router anda di atas rak yang tinggi di tingkat pertama boleh meningkatkan sambungan di tingkat atas.
Atau sekiranya anda menpunyai tiga tingkat, maka anda perlu meletakkan router tersebut di tingkat dua untuk mendapat liputan yang seimbang.
2. ROUTER ANTENNA
Anda diberikan satu peranti standard router apabila anda mula mendaftar untuk perkhidmatan internet, dan kebanyakkan dari mereka menggunakan router yang diberi. Masalahnya ialah bahawa router ini tidak berkualiti tinggi, walaupun ia cukup baik dan sesuai untuk penggunaan rumah.
Jika anda gembira dan selesa dengan router tersebut, gunakan sahaja. Jika tidak anda boleh menukar kepada router yang lebih baik yang memberikan signal yang lebih baik. Router seperti ini biasanya menggunakan antena yang bagus.
Anda boleh fikirkan seperti antena tv, lagi besar dan berkuasa antena, lebih jelas gambar dan siaran tersebut. Jadi posisi antena juga sangat penting yang boleh mempengaruhi kekuatan signal. Anda perlu experiment kedudukan antena yang sesuai dengan kawasan atau rumah anda.
3. USB ANTENNA
Bagaimana jika router anda tidak mempunyai antena sendiri, atau masih tidak mendapat signal yang stabil walaupun selepas menukar antena dalaman (internal antenna)? Anda boleh mempertimbangkan untuk membeli antena usb untuk komputer anda.
Ia berfungsi sama dengan built-in antenna, tetapi boleh diletakkan di mana-mana untuk mendapatkan prestasi yang optimum. Pastikan anda membeli dengan kable yang dilampirkan.
4. WIRELESS RANGE EXTENDERS
Salah satu daripada alternatitif lain adalah dengan membeli wireless range extenders.
Ia tidak mahal dan sesuai untuk kebanyakkan router dan modem. Ianya benar-benar berguna jika anda mempunyai rumah yang besar dan antena baru tidak mampu untuk membekalkan signal yang secukupnya.
Memandangkan dengan tag harga murah, ia juga berkesan untuk circum navigating isyarat anda sekitar dinding tebal atau struktur fizikal yang menganggu.
5. FIRMWARE UPDATE
Router firmware adalah seperti otak peranti, ia perisian asas yang membolehkan peranti beroperasi.
Pengeluar router akan selamanya akan membekalkan tweak dan updates untuk produk mereka, dengan tujuan untuk menambah kelajuan dan prestasi, dan juga meningkatkan kelemahan keselamatan.
Kebanyakan router modern membenarkan anda untuk update firmware dalam portal admin. Jika anda tidak pasti sama ada ia mungkin boleh di lakukan atau anda sendiri tidak pasti bagaimana untuk melakukannya, rujuk pada manual router anda. Jika tiada arahan disana, hubungi ISP (internet service provider) anda.
6. TUKAR ROUTER
Berapa lama router anda? Komponen elektronik akan haus dari masa ke semasa, dan komponen router cenderung untuk haus lebih cepat daripada alat lain. Komponen yang telah haus kehilangan prestasi, yang bermaksud pemprosesan data lebih perlahan dan kekurangan kuasa apabila menghantar signal.
Mungkin sudah tiba masanya untuk menukar router baru yang lebih canggih dari model yang sebelumnya dan mempunyai kualiti liputan baik.





Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




No comments:

Post a comment