Macbook Repair - Mecnote: 3 Perisian Parental Control Untuk Memantau Anak-Anak Anda

Cari Model Mac

Khamis, 21 Disember 2017

3 Perisian Parental Control Untuk Memantau Anak-Anak Anda

3 Perisian Parental Control Untuk Memantau Anak-Anak Anda


Sekarang ini kita hidup dalam era digital yang makin membangun. Pada zaman ini amat penting untuk anda semua melindungi anak-anak dari website yang mempunyai kandungan matang / mature content.
Ia adalah mustahil untuk mengetahui berapa banyak website mengandungi mature/adult content di internet. Ini belum lagi dimasukan dengan website perjudian, dating sites, extreme profanity (kata-kata kesat yang melampau) dan lain-lain lagi.
Nasib baik, bilangan aplikasi seperti parental control berkembang pada kadar yang mengagumkan semenjak beberapa tahun yang lalu. Ibu bapa kini mempunyai pelbagai pilihan perisian untuk dipilih.
Tetapi perisian mana yang digunakan?
1. WINDOWS USER ACCOUNTS
Microsoft meningkatkan lagi ciri parental control yang sebelumnya pada windows 10. Sekarang anda boleh menetapkan akaun pengguna sebagai child account. Dengan membuat child account membolehkan anda menguruskan akaun perkhidmatan yang disambungkan pada akaun, termasuk windows, xbox, dan windows mobile.
Untuk membuat child account:-
·         Pergi ke start > pilih settings dan klik Pada panel pada sebelah kiri, klik family and others people.
·         Dibawah your family, klik add a family member. Pada pop-up tersebut pastikan anda pilih add child. Jika anak anda ada akaun e-mail, masukan pada bahagian yang disediakan. Jika tiada klik pada person who I want to add doesn`t have an email address.
·         Seterusnya selepas anda telah memasukan email. Akaun tersebut akan kelihatan pada bahagian your family.
·         Untuk manage akaun tersebut, klik manage family settings online. Akan ada option untuk sekat websitehadkan masa penggunaan, dan mendapat report setiap minggu untuk memantau apa yang anak anda lakukan.
2. QUSTUDIO
Qustudio adalah antara aplikasi yang bagus. Ia mempunyai version free dan premium, version yang percuma sudah cukup untuk anda. Tetapi premium version mempunyai lebih ciri-ciri berbanding dengan yang percuma
Version percuma menawarkan website filter, search filter, customize time limit untuk games dan aplikasi, live notification sekiranya anak anda melayari website yang mempunyai kandungan yang boleh dipersoalkan, mencatat apa yang mereka lakukan pada komputer.
Untuk menggunakan aplikasi ini cukup mudah. Anda perlu membuat akaun pada website dan install aplikasi tersebut. Anda boleh menguruskan settings terus dari website tersebut.
3. KIDS WATCH
Menyediakan website filtering, time limit, dan real time alert. semua ciri-ciri boleh disesuaikan mengikut kegunaan harian anak anda.
Real time alert terbahagi kepada 3 kategori
·         Predator alert – aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan kepada anda jika ada pesalah seksual yang berdaftar yang tinggal dikawasan kejiranan anda. Ia akan menyediakan anda dengan gambar wajah mereka, bersama-sama dengan alamat sebenar mereka.
·         Chat monitoring – ia akan memantau perbualan chat internet anak-anak anda untuk kata kunci. Ia termasuk alamat, dan nombor telefon anda dan rujukan kepada benda yang tidak bermoral . ada boleh menambah kata kunci sendiri untuk menjadikan ia lebih mantap.
·         Email alert – jika anak anda pernah mencari sesuatu yang tidak elok seperti google, aplikasi ini hantar email untuk alert anda.
Aplikasi ini juga menyimpan log terperinci bagi semua aktiviti dalam talian anak-anak anda. Ia termasuk data mengenai website yang mereka pernah lawati dan aplikasi yang mana mereka gunakan. Dan juga menyimpan chat dialog anda.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan