Macbook Repair - Mecnote: 3 Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Kerosakan Motherboard

Cari Model Mac

Isnin, 11 Disember 2017

3 Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Kerosakan Motherboard

3 Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Kerosakan Motherboard


 

Jika processor merupakan otak untuk komputer, motherboard merupaka jantung. Ia juga merupakan tempat yang menghubungkan setiap komponen-komponen lain. Sekiranya motherboard bermasalah, ia merupakan isu yang besar dan bukan sekadar menggantikan parts yang rosak.
Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan supaya ia berfungsi dengan baik. Melindungi motherboard daripada kerosakan adalah paling utama untuk melindungi setiap komponen lain.
Elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kerosakan motherboard.
 1.MEMERIKSA LITAR PINTAS
Masalah ini lazimnya pada desktop computer, tetapi juga berlaku pada laptop (jarang). Jika anda membina sendiri komputer anda atau beli yang telah siap dipasang, akan ada kemungkinan untuk berkalu short circuit jika tidak dipasang dengan betul.
Motherboard tersebut memgalirkan elektrik dan pas kepada komponen lain, jadi ia tidak boleh bersentuhan dengan seperti logam. CPU cooler, yang longgar sering menyebabkan sehingga motherboard tersebut tidak dapat di baiki. Periksa betul-betul kabel sambungan tidak longgar, ini merupakan kesilapan yang biasa di lakukan.
Dalam menjalankan pemasangan PC , anda perlu memastikan motherboard tersebut dipasang dengan sempurna pada caseMotherboard tersebut ada beberapa skru yang perlu dipasangkan pada case supaya tidak gerak-gerak. Anda juga harus pastikan setiap skru itu dipasang dengan ketat tapi jangan terlalu ketat hingga boleh menyebab motherboard rosak.
Sekiranya ada skru yang longgar, ada kemungkinan motherboard akan berlaku short circuit. Dengan erti kata lain semua komponen perlu dipasang dengan kemas. Jika motherboard tersebut tersentuh object yang tidak diingini , boleh berlaku litar pintas.
Jangan terlalu memaksa semasa anda ingin skru motherboard tersebut dan pastikan tiada objek yang tidak diingini berada pada motherboard anda. Pastikan semua komponen yang disambungkan ke motherboard di pasang dengan baik.
 2. MELINDUNGI DARI PUSUAN KUASA ( POWER SURGES )
Motherboard adalah dimana power supply unit (psu) di sambungkan. Ia sangat penting untuk anda membeli power supply unit (psu) yang sesuai untuk pc anda. Jika komponen tersebut memerlukan lebih kuasa dari power supply unit yang digunakan, ini boleh menyebabkan kegagalan komponen atau kegagalan motherboard.
Tepapi masalah yang sering berlaku untuk motherboard adalah power surges. Kebanyakan barang elektronik di rumah menggunakan banyak kuasa, contohnya seperti aircond, atau peti ais. Penah tak anda mengalami situasi dimana semasa turn off alat tersebut lampu pada plug extension flickering?
Ini kerana alat tersebut  menarik banyak kuasa elektrik dan menyebabkan power surges.
Semasa anda matikan suis tersebut, arus tersebut memerlukan beberapa saat untuk dilaraskan. dan dalam beberapa saat, ia akan dihalakan ke elektronik yang lain, seperti lampu, komputer atau laptop. Ini adalah sedikit penjelasan asas berkenaan power surge.
 ia berlaku lebih kerap dari apa yang anda fikirkan, bergantung pada power setup, grid kuasa di kawasan, dan juga faktor cuaca seperti kilat.
Kebanyakan power supply unit (psu) dan motherboard boleh menyesuaikan voltan untuk menampung pasuan kuasa yang kecil (power surge). tetapi ia akan menjadi masalah yang besar sekiranya berlaku pasuan kuasa (power surge) yang besar, kerana boleh menyebabkan motherboard dan komponen terbakar.
Apa yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan plug extension yang mampu melindungi dari berlakunya (power) surges).
Kalau boleh kurangkan penggunaan terlalu banyak plug yang digunakan pada plug extension anda. Gunakan power supply unit dengan volt yang bersesuaian dengan pc anda. Gunakan extension cord yang berkualiti.
3.MEMBERSIHKAN RUANG VENTILASI DAN KIPAS
Suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama setiap komponen elektronik. Komponen komputer perlu sentiasa dalam keadaan yang sejuk untuk berfungi dengan baik. Tetapi komponen itu sendiri menjana banyak haba. Itulah sebab pelepasan haba adalah penting , sama ada dalam bentuk kipas atau heatsink.
Jika laptop anda yang sedang berjalan kerap panas, anda perlu membersihkan ruang ventilasi. Masalah haba yang melampau akan menyebabkan motherboard tersebut membengkok. Walaupun bengkok kecil pada  motherboard ia boleh mendatangkan masalah.
Apa yang patut anda lakukan ialah dengan melakukan servis clean dust untuk membersihkan habuk-habuk yang menghalang sistem ventilasi dan juga menukar thermal paste sekiranya tidak pernah di tukar ataupun sudah kering. Sekiranya kipas laptop atau pc rosak anda perlu tukar dengan yang baru.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan