MacBook terkenal dengan reka bentuk premium dan skrin berkualiti tinggi. Namun bagi pengguna MacBook Air 15‑inch (M3, 2024) A3112, masalah screen crack atau retak pada LCD boleh berlaku jika peranti terjatuh, tertekan, atau terkena hentakan kuat.
Walaupun retakan pada skrin kelihatan kecil pada awalnya, ia boleh menjadi semakin teruk dan menjejaskan paparan MacBook seperti munculnya line pada skrin, tompok hitam, flicker, atau paparan menjadi blank.
Punca Screen MacBook A3112 Crack
Terdapat beberapa sebab utama kenapa skrin MacBook boleh retak:
1. Tertekan atau Terhimpit
MacBook yang diletakkan dalam beg bersama barang berat boleh menyebabkan tekanan pada bahagian LCD sehingga skrin crack.
2. Terjatuh atau Terhentak
Hentakan kecil sekalipun boleh menyebabkan keretakan pada panel skrin kerana skrin MacBook sangat nipis.
3. Tutup MacBook dengan Objek di Atas Keyboard
Objek kecil seperti pen, earphone atau habuk keras yang berada di atas keyboard boleh menekan skrin apabila MacBook ditutup.
4. Pressure pada Bahagian Screen
Menekan atau memegang MacBook pada bahagian skrin boleh menyebabkan tekanan pada panel LCD.
Tanda-Tanda Screen MacBook Sudah Crack
Antara simptom yang biasa berlaku:
-
Terdapat garisan (line) pada skrin
-
Muncul tompok hitam atau warna pelik
-
Skrin flicker atau berkelip
-
Sebahagian skrin tidak memaparkan apa-apa
-
Paparan menjadi blur atau pecah
Walaupun ada kes di mana MacBook masih boleh digunakan, skrin yang crack biasanya akan bertambah teruk dari masa ke masa.
Boleh Repair atau Kena Tukar Screen?
Untuk model MacBook Air 15‑inch (M3, 2024) A3112, kebiasaannya screen crack tidak boleh dibaiki secara partial kerana panel LCD dan display assembly adalah satu set. Oleh itu, penyelesaian yang paling selamat ialah menukar keseluruhan screen assembly.
Penggantian skrin oleh technician berpengalaman penting bagi memastikan:
-
Kualiti paparan kembali normal
-
Tiada masalah backlight atau sensor
-
MacBook berfungsi seperti biasa
.jpeg)
.jpeg)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan