Ramai pengguna Surface Pro 7 model 1960 mengadu masalah bateri cepat habis (battery fast drain) walaupun penggunaan ringan seperti melayari web atau menaip dokumen. Masalah ini biasanya berpunca daripada keadaan bateri yang sudah rosak atau haus teruk.
Berdasarkan laporan sistem bateri, design capacity asal Surface Pro 7 adalah 48,870 mWh, namun full charge capacity kini hanya tinggal sekitar 4,870 mWh sahaja. Perbezaan yang terlalu jauh ini menunjukkan tahap kesihatan bateri telah jatuh ke paras yang sangat rendah (kurang daripada 10%). Akibatnya, bateri tidak lagi mampu menyimpan tenaga dengan baik dan peranti akan cepat kong walaupun dicas penuh.
Punca Battery Fast Drain Surface Pro 7
Antara punca utama masalah ini ialah:
1. Bateri lithium-ion sudah uzur akibat penggunaan jangka panjang
2. Kerap dicas tanpa kawalan (overcharge / cas sepanjang masa)
3. Haba berlebihan semasa penggunaan
4. Umur bateri melebihi 2–3 tahun
5. Kitaran cas (charge cycle) yang telah terlalu tinggi
Kesimpulan
Apabila full charge capacity jatuh terlalu rendah berbanding design capacity, ia menandakan bateri perlu diganti. Penukaran bateri adalah solusi terbaik untuk mengatasi masalah battery fast drain dan memulihkan semula prestasi Surface Pro 7 agar boleh digunakan seperti biasa.
Jika anda mengalami simptom seperti bateri cepat habis, tiba-tiba shutdown, atau peratus bateri tidak stabil, segera buat pemeriksaan sebelum kerosakan menjadi lebih serius.
Cari Kami ? Mecnote Alor Setar..
No 49a (Tingkat 1) Taman Johan Fasa 2,
Jalan Kuala, Taman Pelangi ,
06600 Kuala Kedah, Kedah
Operasi : 10 pagi - 7 malam ( Sabtu Tutup)
Tel : 04-744 4513
Landmark. : Depan Sekolah Cina SJK (C) Pei Hwa , Atas Kedai Ubat Teik Jin
Klik sini untuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan