Berikut merupakan perbualan antara seorang technician dan pelanggan berkaitan masalah MacBook Pro Retina A1708 yang mengalami skrin blank selepas ditolak terlalu ke belakang secara tidak sengaja. cadangan darjah yang sesuai adalah 90 darjah kerana macbook model yang terbaru mempunyai kabel di bahagian tengah yang mudah terputus dari bahagian dalam.
Pelanggan : Hai, saya nak tanya sikit pasal MacBook saya. Tadi saya tolak skrin ke belakang, lepas tu skrin terus jadi blank.
Technician : Baik, terima kasih kerana maklumkan. saya tengok model ini MacBook Pro Retina model A1708. Agaknya bila perkara ini terjadi ya.
Pelanggan : Baru sahaja tadi, saya siapkan assignment saya nak hantar minggu nie juga mungkin sebab bilik saya redup saya tolak lah kebelakang tak sangka terlajak sampai screen blank.
Technician : Saya tengok model nie, kemungkinan besar ada masalah pada ribbon kabel terputus di bahagian dalam yang bersambung ke skrin. Kabel ini kadang-kadang boleh rosak atau tercabut bila skrin ditolak terlalu jauh ke belakang. Ia terletak di panel bahagian dalam berhampiran keyboard.
Pelanggan : Oh, saya tak tahu pun pasal tu. Jadi skrin tu rosak ke?
Technician : Belum tentu rosak sepenuhnya. Kalau hanya kabel flex yang bermasalah kami akan melakukan pembaikan proses dia mengambil masa sedikit sebab wayar kabel model nie lebih halus dari rambut. Tapi kalau panel LCD dah rosak akibat tekanan, kemungkinan perlu tukar skrin penuh.
Pelanggan : Baik. Macam mana prosesnya? Perlu tinggal MacBook ke?
Technician : Ya cik perlu tinggal untuk pemeriksaan jika terdapat lagi kerosakan selain yang dinyatakan oleh cik kami akan update pada cik dan juga pricing keluruhan repair. kami akan maklumkan jika terdapat tambahan kerosakan MacBook cik. nanti saya bagi borang minta isikan detail cik ya.
Pelanggan : Okey, terima kasih ya.
Technician : Sama2 ini no.contact kami untuk cik followup jika cik mahu membuat sebarang pertanyaan.
Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.
Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)
43650 Bangi, Malaysia
Email. : macnotesk@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan