Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: PENYELESAIAN MASALAH MENGENAI PELANGGAN YANG TERUPDATE SOFTWARE MELEBIHI HAD DAN KENAPA UPDATE SOFTWARE PERLU MENGIKUT TAHAP YANG DIBENARKAN

Cari Model Mac

Isnin, 21 April 2025

PENYELESAIAN MASALAH MENGENAI PELANGGAN YANG TERUPDATE SOFTWARE MELEBIHI HAD DAN KENAPA UPDATE SOFTWARE PERLU MENGIKUT TAHAP YANG DIBENARKAN


PELANGGAN : Hai, saya ada masalah dengan MacBook saya. Lepas saya tekan bahagian settings saya ternampak upgrade now saya saya main tekan lah ingatkan nak bagi MacBook saya power sikit, lepas habis je loading saya tekan lagi, tiba-tiba OS MacBook saya terus tak boleh digunakan. Skrin jadi gelap dan tak boleh masuk ke sistem langsung.


TECHNICIAN : Baik, terima kasih kerana hubungi kami. Boleh saya tahu model MacBook dan versi macOS yang cik gunakan sebelum kemas kini?


PELANGGAN : Model saya tak pastilah, tapi tak silap saya guna MacBook Pro tahun 2017. Saya guna hotspot dari phone saya. Sebelum ni saya pakai macOS Monterey, tapi saya terus kemas kini ke versi terbaru—macOS Sonoma.


TECHNICIAN : Baik. Kemungkinan besar masalah ini berlaku kerana MacBook anda sudah mencapai had sokongan rasmi untuk versi macOS terbaru. Bila software update dilakukan melebihi had yang disokong, ia boleh menyebabkan ketidakserasian dan sistem gagal boot dengan sempurna. Lagi satu kemungkinan Line internet yang slow boleh jadi punca.


PELANGGAN : Oh, jadi saya tak patut kemas kini ke versi tu?


TECHNICIAN : Betul. Biasanya kami sarankan pelanggan walk in ke kedai kami untuk kami periksa dan semak dahulu sama ada model MacBook cik masih disokong untuk versi terbaru. Cik perlu tinggalkan MacBook terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Kami akan lakukan reinstall macOS yang serasi menggunakan bootable installer atau melalui Internet Recovery. Tapi untuk keselamatan data, kami sarankan cik sambungkan ke Target Disk Mode atau gunakan external drive untuk salin data dahulu—jika masih boleh diakses.


PELANGGAN : Terima Kasih, Esok kedai buka tak


TECHNICIAN : Sama-sama. Esok buka cik.


PELANGGAN : Kalau macam tu saya datang esoklah




Berikut adalah beberapa sebab mengapa sesetengah kemas kini perisian di MacBook perlu mengikut tahap yang dibenarkan oleh Apple:


1.    Keserasian Perkakasan

    -  Setiap kemas kini macOS direka untuk berfungsi dengan model Mac tertentu. Jika Mac        sudah lama, ia mungkin tidak menyokong ciri atau keperluan sistem terkini.


2.    Keselamatan & Perlindungan  

    -  Apple memastikan hanya versi perisian yang telah diuji dan disahkan selamat boleh               dipasang. Ini dapat mengurangkan risiko malware atau eksploitasi keselamatan.


3.    Sokongan Apple & Jaminan

    -  Menggunakan versi yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan kehilangan sokongan             rasmi Apple, termasuk pembaikan atau bantuan teknikal.


4.    Kestabilan & Prestasi  

    -  Apple mengawal tahap kemas kini untuk mengelakkan pepijat atau ketidakstabilan                 yang boleh timbul jika perisian tidak diuji dengan teliti pada sistem tertentu.


5.    Sistem Tertutup (Walled Garden)  

    -  Apple mengawal ekosistemnya dengan ketat untuk memastikan pengguna hanya                     menggunakan perisian yang diuji dan dioptimumkan untuk Mac.


Jika MacBook anda tidak dapat dikemas kini ke versi terkini, ia mungkin kerana had perkakasan atau dasar Apple untuk menyokong hanya peranti yang lebih baharu.




Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.

Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)


Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 8.00 malam
(Ahad TUTUP) 



Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing













Tiada ulasan:

Catat Ulasan