Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: PENYELESAIAN MASALAH MACBOOK AIR MODEL A2337 AUTO RESTART,PUNCA TERJADI DAN CARA NAK PERIKSA PUNCA AUTO RESTART

Cari Model Mac

Rabu, 30 April 2025

PENYELESAIAN MASALAH MACBOOK AIR MODEL A2337 AUTO RESTART,PUNCA TERJADI DAN CARA NAK PERIKSA PUNCA AUTO RESTART



Pelanggan : Assalamualaikum cik, saya nak hantar MacBook Air saya model A2337. MacBook selalu restart sendiri secara tiba-tiba.


Technician : Waalaikumsalam. Boleh saya tengok MacBook tu? Bila masalah ni mula jadi?


Pelanggan : Dalam seminggu yang lepas. Kadang-kadang tengah guna Word pun tiba-tiba restart. Kadang baru buka pun dah restart semula.


Technician : Ok cik. Selalunya masalah auto restart ni boleh jadi sebab software conflict, update yang tak lengkap, bateri, atau hardware issue macam logic board. Ada nampak keluar error macam “kernel panic” tak?


Pelanggan : Tak pastilah kernel panic tu apa? cuma Keluar skrin hitam dengan tulisan macam code banyak-banyak.


Technician : Itu adalah kernel panic, Ia mungkin berkaitan dengan hardware, Buat masa ini cik perlu tinggalkan MacBook cik. Nanti saya akan followup jika terdapat masalah yang lain.Kami akan lakukan checking pada macbook dulu dan juga update pricing repair sebelum proceed apa-apa repair.


Pelanggan : Okay. Kalau ada kos tambahan nanti beritahu dulu ya?


Technician : Ok cik. boleh minta isi nama,tempat tinggal,no telefon,password dan sign cik sebagai persetujuan melakukan pembaikan.


Pelanggan : Boleh cik.


Technician : Baik Encik, saya akan WhatsApp terlebih dahulu untuk dihubungi selepas selesai buat checking. Terima kasih!


Pelanggan : Sama2.



MacBook yang kerap restart sendiri biasanya menandakan ada masalah sama ada dari segi perisian (software) atau perkakasan (hardware). Berikut beberapa punca yang biasa:


1.    Masalah Perisian (Software)

   -  Kernel Panic – Sistem macOS mengalami ralat serius lalu restart secara automatik.

   -  Aplikasi pihak ketiga yang tidak serasi – Terutama jika anda baru muat turun perisian yang tidak          dikemas kini untuk versi macOS terkini.

   -  Kemas kini sistem yang tidak lengkap atau gagal – Ini boleh menyebabkan konflik dalam sistem.

   -  Fail sistem rosak – Akibat shutdown yang tidak sempurna atau pemasangan perisian bermasalah.


2.    Masalah Perkakasan (Hardware)

   -  RAM rosak atau tidak serasi – Boleh menyebabkan sistem gagal berfungsi dengan stabil.

   -  Masalah bateri atau kuasa – Kuasa tidak stabil boleh sebabkan restart.

   -  Overheating (terlebih panas) – MacBook akan restart secara automatik untuk lindungi komponen          dalaman.

   -  Masalah dengan logic board atau SSD – Ini lebih serius dan perlu pemeriksaan teknikal.


3.    Sambungan Periferal

    -  Kadang-kadang aksesori USB atau Thunderbolt yang rosak atau tidak serasi juga boleh jadi punca.

       Cara untuk kenal pasti dan atasi:

    -  Safe Mode – Boot dalam Safe Mode untuk lihat jika restart masih berlaku.

    -  Reset SMC dan NVRAM – Ini kadang-kadang membantu menyelesaikan masalah restart.

    -  Gunakan Disk Utility – Periksa dan baiki disk menggunakan “First Aid”.

    -  Check log di Console app – Boleh tengok punca kernel panic kalau ada.

    -  Update macOS dan aplikasi – Pastikan semuanya up to date.


Kalau restart masih berlaku selepas semua ini, kemungkinan besar ada masalah perkakasan dan perlu dibawa ke Apple Authorized Service Provider ataupun kedai yang melakukan pembaikan Mac berdekatan dengan kawasan anda.



Untuk MacBook (macOS), nak semak punca auto restart kena tengok system logs dan panic reports. Berikut merupakan step-by-step:


1.    Guna Console App (Aplikasi Console)

       Console ni tempat semua log sistem dikumpulkan.


       Buka Console:

    -  Tekan Cmd + Space, cari "Console", tekan Enter.


       Dalam Console:

    -  Pergi ke Crash Reports, System Reports, atau Diagnostic Reports.


       Fokus pada laporan yang berkaitan dengan:

    -  Kernel Panic

    -  shutdown cause

    -  panic(cpu ...)

       Cari log yang waktu dia hampir sama dengan waktu auto restart berlaku.


2.    Semak Panic Logs


       Kalau Mac restart sebab crash, biasanya ada fail "Panic" log.


       Dalam Console:

       Pergi ke : i.~/Library/Logs/DiagnosticReports/

                       ii.Cari fail yang nama dia mula dengan "Kernel_" atau "Panic_".


       Atau di folder : i./Library/Logs/DiagnosticReports/

       Kalau ada panic(cpu ...), biasanya itu sebab kernel panic — mungkin dari hardware atau driver               issue.


3.    Semak Shutdown Cause (Terminal)


       Kalau nak tahu kenapa Mac shutdown atau restart, boleh guna command:

    -  log show --predicate 'eventMessage contains "Previous shutdown cause"' --last 24h

    -  Ini akan keluar shutdown cause code.


       Contoh code:

       -128: Kernel panic

       5: Normal shutdown

       3: Hard shutdown (tekan power button)

       0: Power loss

       Kalau jumpa shutdown cause pelik, itu hint ada masalah.


4.    Cek System Log


       Nak lebih detail, boleh tengok system log:

    -  log show --predicate 'eventType == logEvent' --last 1d | grep -i "panic"

    -  atau log show --last 1d --info | grep shutdown

    -  Boleh adjust --last 1d (1 day) kalau nak semak log dari 2-3 hari lepas.


5.    Check Hardware Diagnostics (kalau suspect hardware)


       Kalau rasa hardware problem:

       i.Restart Mac.

       ii.Tekan D masa boot (sebelum logo Apple keluar).

       iii.Mac akan run Apple Diagnostics.

       iv.Kalau ada error code keluar, boleh check dekat website Apple maksud dia.


       Ringkasan

   -  Buka Console → Check Crash Reports / Panic Reports.

   -  Guna Terminal → log show untuk shutdown cause dan panic log.

   -  Kalau ada kernel panic → suspect driver, hardware (RAM, SSD, logic board).

   -  Kalau tiada apa-apa → mungkin software (app crash, OS problem).



Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.

Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)


Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 8.00 malam
(Ahad TUTUP) 



Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing











Tiada ulasan:

Catat Ulasan