Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: PEMBAIKAN MOTHERBOARD DISEBABKAN WATER DAMAGE DAN KESAN YANG BERLAKU AKIBAT WATER DAMAGE

Cari Model Mac

Selasa, 8 April 2025

PEMBAIKAN MOTHERBOARD DISEBABKAN WATER DAMAGE DAN KESAN YANG BERLAKU AKIBAT WATER DAMAGE

(Pelanggan Tidak Sengaja Menumpahkan Air Pepsi ke Atas MacBook Pro dan menyebabkan Motherboard mengalami Kerosakan)


Seorang pelanggan secara tidak sengaja tertumpahkan Air bikarbonat ke atas MacBook Pro miliknya menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman peranti tersebut, terutamanya pada bahagian motherboard. Insiden berlaku ketika pelanggan itu sedang menyiapkan tugasan di sebuah kafe sambil menikmati minuman berkarbonat tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, Air bikarbonat yang diletakkan bersebelahan MacBooknya terlanggar dan tumpah ke atas MacBook. Keesokan harinya pelanggan tersebut menelefon Staff yang berada di Mecnote Bangi, Staff tersebut telah merekodkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan tersebut dan menyarankan supaya membawa MacBook ke Mecnote Bangi untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan oleh Technician mendapati terdapat kesan kakisan dan short circuit akibat cecair bergula yang menembusi ruang dalaman MacBook.




Technician :

Selamat Petang, boleh saya bantu.


Pelanggan :  

Saya ada masalah dengan MacBook saya. Saya tertumpahkan air Pepsi atas keyboard semasa saya sedang membuat kerja di cafe. MacBook saya terus tak boleh On masa tu juga. hari ini saya cuba on kan semula tapi 1 minit sahaja kemudian MacBook shutdown terus.


Technician: 

Ok, Boleh saya tahu bila kejadian itu berlaku?


Pelanggan :  

Ia berlaku pada semalam sewaktu saya di Cafe.


Technician :  

Tapi kalau air masuk ke dalam, khususnya minuman manis macam Pepsi, ia boleh meresap ke dalam motherboard dan komponen lain. Saya akan buka dan periksa MacBook cik ya?


Pelanggan :  

Boleh, harap-harap tak serius sangat...


Technician : (selepas beberapa minit proses membuka dan pemeriksaan)  

Maaf Cik, saya periksa memang nampak kesan water damage pada motherboard dan cik boleh lihat memang banyak  kesan air gula yang melekit dan semasa saya membukanya saya boleh menghidu ada kesan air bergula pada MacBook Cik.


Pelanggan :  

Aduh… maksudnya kena tukar motherboard ke?


Technician :  

Kami disini membaiki sahaja bahagian motherboard not replacement. Kami tidak menukarnya bagi mengekalkan data pelanggan. Pihak kami akan lihat dahulu kalau ada bahagian yang masih boleh diselamatkan. buat masa ini kami fokuskan pada motherboard dahulu disebabkan tidak boleh on, jika ada kerosakan pada bahagian lain contohnya battery ataupun LCD kami akan maklumkan terlebih dahulu untuk cik proceed ataupun tak untuk pembaikan. jika teruk sangat kerosakan dan Motherboard tidak dapat dibaiki kami akan return semula pada cik.


Pelanggan : 

Berapa anggaran kos ya untuk pembaikan? dan berapa lama diperlukan ya


Technician :  

Buat masa ini deposit jangan buat lagi masa nak collect MacBook baru cik buat pembayaran penuh. untuk tempoh masa pembaikan kebiasaanya mengambil masa 14hari + -


Pelanggan :  

Baiklah kalau macam tu saya call ayah saya dahulu untuk dia teruskan ke tidak proses ini.


Technician :  

Ok Cik boleh duduk dahulu.


Pelanggan : 

Saya sudah call ayah saya dan dia meminta kepada saya untuk survey dahulu sebab saya urgent juga untuk gunakan MacBook ini saya masih belajar lagi.


Technician : Terima Kasih ya.


Pelanggan : Sama2



Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.

Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)


Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 8.00 malam
(Ahad TUTUP) 



Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing












Tiada ulasan:

Catat Ulasan