Macbook Repair - Mecnote: KENAPA SKRIN RETINA LEBIH MAHAL BERBANDING SKRIN LCD?

Cari Model Mac

Selasa, 7 November 2023

KENAPA SKRIN RETINA LEBIH MAHAL BERBANDING SKRIN LCD?

Apple Inc. ialah syarikat yang memperkenalkan IPS LCD dan skrin OLED yang dikenali sebagai skrin Retina. Skrin Retina mempunyai kepadatan piksel yang jauh lebih tinggi berbanding skrin LCD. Resolusi dan skala piksel pada skrin Retina yang lebih tinggi menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kos yang lebih tinggi pada skrin retina berbanding dengan skrin LCD. Apple telah mencipta skrin Retina untuk memberi pengalaman menonton yang lebih menarik dengan menjadikan piksel tidak dapat dibilang atau dilihat dengan mata manusia. Skrin Retina telah disinonimkan ke dalam kebanyakkan produk daripada Apple termasukklah iPhone, Apple Watch, iPod Touch, iPad, Macbook  iMac dan produk Apple yang lain setelah nama Retina didaftar sebagai tanda dangan oleh Apple. Apple menggunakan pelbagai jenis strategi pemasaran untuk membezakan diantara skrin LCD dan OLED seperti tahap kontras, penciptaan warna dan tahap pencerahan.




                                Skrin Retina                                             Skrin LCD 


PERBEZAAN DIANTARA SKRIN LCD, OLED DAN AMOLED:

  • Skrin LCD lebih murah berbanding dengan skrin OLED dan AMOLED. 
  • Skrin LCD cepat menjadi panas apabila digunakan dalam tempoh yang agak lama berbanding skrin yang lain. 
  • Warna dan kontras pada skrin LCD tidak konsisten berbanding dengan skrin Retina yang mempunyai warna dan kontras yang konsisten walaupun digunakan pada tempoh yang panjang. 
  • Skrin OLED dan Retina lebih stabil tanpa mengira sudut pandangan mata. Skrin OLED dan AMOLED bagus untuk orang yang bermain permainan video kerana dua skrin ini mempunyai refresh rate yang tinggi. 
  • Penghasilan skrin OLED dan AMOLED yang mahal berbanding skrin LCD kerana ia memerlukan teknologi yang bagus dan maju untuk menghasilkannya. 
  • Skrin LCD lebih terang berbanding OLED dan AMOLED. 
  • Skrin OLED and AMOLED mempunyai jangka hayat yang lebih rendah berbanding skrin LCD.





Kesimpualannya, skrin Retina lebih mahal daripada skrin LCD kerana ia mempunyai kepadatan piksel dan resolusi yang lebih tinggi dimana ia memerlukan teknologi yang lebih maju untuk menghasilkannya. Sebaliknya skrin LCD mempunyai kepadatan piksel dan resolusi yang lebih rendah. Selain itu, fakta bahawa skrin Retina adalah produk jenama Apple menyumbang kepada kedua-dua nilai dan kos produk. Skrin LCD, OLED dan AMOLED semua mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza seperti penggunaan elektrik, kestabilan, kadar pembaharuan, tahap kecerahan, jangka hayat dan perbezaan warna. 

Anda pengguna Macbook atau iMac yang tinggal di sekitar Alor Setar? Anda mempunyai masalah berkaitan Macbook atau iMac? Perlukan bantuan pakar? Anda boleh hubungi kami atau terus walk in ke kedai kami di Mecnote Alor setar. 

Cari Kami ? Mecnote Alor Setar..




    














Mecnote  (Alor Setar)
No 49a (Tingkat 1) Taman Johan Fasa 2,
Jalan Kuala, Taman Pelangi ,
06600 Kuala Kedah, Kedah
Operasi : 10 pagi - 7 malam ( Sabtu Tutup)

Tel : 04-744 4513
Whatsapp. : 011-5776 0031
Klik Sini - Whatsapp Kami (Mecnote Alor Setar)

Landmark. : Depan Sekolah Cina SJK (C) Pei Hwa , Atas Kedai Ubat Teik Jin 
Klik sini untuk 
Klik Sini - Location Waze ke Kedai Mecnote Alor Setar



             





Tiada ulasan:

Catat Ulasan